Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS DI AFGHANISTAN

Rakyat Afghanistan dicengkam rasa takut, berasak tinggalkan negara

Sebaik Taleban kuasai Kabul, ribuan penduduk banjiri lapangan terbang, tidak mahu berada bawah pemerintahan militan
Aug 18, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Keadaan di lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Afghanistan menjadi kelam-kabut dengan ratusan rakyat negara itu berusaha menaiki pesawat untuk cuba meninggalkan tanah air sebaik sahaja kumpulan Taleban menawan pentadbiran pemerintah.



Sekeping foto yang menunjukkan seramai 640 warga Afghanistan yang ketakutan berhimpit dalam pesawat kargo milik tentera Amerika Syarikat dalam cubaan melarikan diri dari negara itu, lapor akhbar Daily Mail Ahad lalu.



Amerika sehingga kini telah menerbangkan sekurang-kurangnya dua pesawat kargo C-17 ke Kabul dan lebih banyak pesawat dijangka diterbangkan minggu ini.



Pesawat pertama yang meninggalkan negara itu Ahad lalu merupakan pesawat Tentera Udara C-17 bernombor RCH 871 yang terbang dari Kabul ke Qatar.



Ketika ia sedang bersedia untuk berlepas, ratusan warga Afghanistan yang ketakutan berlari ke arah pesawat tersebut dan memanjatnya.



Foto yang diperoleh dari laman Defense One menunjukkan kesemua mereka beratur sebelum duduk di atas lantai pesawat itu yang mampu memuatkan 150 tentera dengan selesa serta membawa muatan seberat 77,000 kilogram.



Pelarian itu merangkumi wanita dan kanak-kanak berlari ke arah laluan pesawat yang separuh terbuka sebelum berlepas.



"Kira-kira 640 orang warga Afghanistan keluar dari pesawat itu selepas tiba di destinasi," kata seorang pegawai tentera yang tidak didedahkan identitinya.



Biarpun lapan orang mati di lapangan terbang Kabul kelmarin, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, tetap mempertahankan keputusan beliau mengundurkan tentera Amerika dari Afghanistan dengan berkata pihaknya tidak lagi mahu mengorbankan nyawa tenteranya dalam perang saudara di Afghanistan.



Pasukan tentera Amerika bertindak menutup sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul bagi memberi ruang kepada pekerja kedutaan dan warganegaranya menaiki penerbangan keluar dari Afghanistan, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC), semalam.



Tentera Amerika juga dipercayai terpaksa menembak dua lelaki bersenjata manakala tiga individu dilaporkan maut selepas terjatuh dari pesawat yang sedang terbang ketika berpaut pada sayapnya.



Beberapa pesawat tentera Amerika didakwa mendarat di lapangan terbang itu termasuk sebuah yang membawa tentera marin bagi membantu proses pemindahan keluar rakyat Amerika.



Selain Amerika, Jerman dan Britain turut mengambil tindakan serupa apabila semua kakitangan serta warganegara mereka diarahkan meninggalkan Afghanistan selepas tentera Taleban mengisytiharkan kemenangan mereka.



Pengisytiharan itu dibuat selepas Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani, melarikan diri ke negara jiran, Tajikistan, sebaik mendapat maklumat tentera Taleban berarak menuju ke ibu pejabat Presiden, hujung minggu lalu.



Kabul adalah kota besar terakhir di Afghanistan yang jatuh ke tangan Taleban sejak kumpulan itu meluaskan jajahan takluk mereka selepas tentera Amerika berundur dari negara itu.



Sebaik sahaja Taleban berjaya merebut Kabul, ribuan penduduk setempat dan luar negara membanjiri lapangan terbang untuk meninggalkan Afghanistan kerana tidak mahu berada di bawah pemerintahan militan itu.



Proses pemindahan keluar rakyat asing dan penduduk Afghanistan yangbekerjasama rapat dengan Amerika giat berlaku tetapi tidak berjalan lancar kerana masalah visa.



Tidak lama selepas itu, jurucakap Pentagon, Encik John Kirby, memaklumkan semua penerbangan keluar masuk ke Kabul ditangguh atas sebab berjaga-jaga.



"Pasukan tentera Amerika berada di tempat kejadian bersama tentera Turkey dan tentera antarabangsa yang lain untuk mengawal keadaan negara. Kami tidak tahu berapa lama situasi ini akan berlaku," kata Encik Kirby. - Agensi berita.




GARIS MASA PERANG AFGHANISTAN SEPANJANG 20 TAHUN



2001



11 September:



Pengganas Al-Qaeda rampas tiga pesawat komersial merempuh ke Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon di Washington.



Pesawat keempat pula terhempas di sebuah kawasan di Shanksville, Pennsylvania.



Hampir 3,000 orang maut.



Amerika Syarikat isytihar "peperangan menentang pengganasan" dan tuntut rejim Taleban di Afghanistan serah ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden.



7 Oktober:



Tentera Amerika yang disokong Britan, lancar kempen pengeboman, 'Operation Enduring Freedom', ke atas Taleban. Askar mula tiba di negara itu 12 hari kemudian.



1 November:



Taleban mula tertekan. Tenteranya kembali ke wilayah yang menjadi kubunya setelah Mazar-i-Sharif, Taloqan, Bamiyan, Herat, Kabul dan Jalalabad ditawan tentera Amerika dan sekutunya.



9 Disember:



Kandahar jatuh ke tangan Amerika, sekali gus mengakhiri rejim pemerintahan Taleban.



2002



Mac:



Operasi Anaconda dilancar menentang sekitar 800 militan Al-Qaeda dan Taleban di Lembah Shah-i-Kot.



Amerika mula atur operasi menentang Iraq.



Jun:



Encik Hamid Karzai dilantik sebagai ketua pemerintah sementara Afghanistan.



2003



1 Mei:



Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld isytihar berakhirnya operasi ketenteraan di Afghanistan, sedang Presiden George W Bush isytihar kemenangan di Iraq.



2004



9 Oktober:



Encik Karzai dipilih Presiden Afghanistan dalam pilihan raya bersejarah.



Osama muncul dalam mesej video menjelang pilihan raya presiden Amerika.



2006



Julai:



Keganasan meruncing di serata Afghanistan dengan pertempuran sengit di wilayah selatan.



2009



Julai:



Tentera Amerika lancar operasi besar-besaran di selatan Afghanistan.



November:



Encik Karzai menang tempoh kedua dalam pilihan raya yang dipertikai.



2010



November:



Anggota Nato tandatangani pengisytiharan serah tanggungjawab keselamatan kepada tentera Afghanistan sepenuhnya menjelang akhir 2014.



2011



1 Mei:



Osama dibunuh tentera Amerika di Pakistan.



2012



Mac:



Taleban gantung perbincangan awal dengan Amerika yang bertujuan capai persetujuan damai.



2013



Jun:



Tentera Afghanistan ambil alih tanggungjawab keselamatan daripada Nato, yang kini fokusnya beralih kepada latihan ketenteraan dan operasi antipengganasan.



2014



27 Mei:



Presiden Barack Obama umum tempoh waktu bagi pengunduran tentera Amerika jelang akhir 2016.



2017



13 April:



Amerika lancar serangan bom ke atas ISIS di Nangarhar, wilayah di timur Afghanistan.



2018



Januari:



Taleban lancar serangan hebat, pentadbiran Trump kerah lebih ramai tentera di kawasan pedalaman Afghanistan.



2019



Februari:



Rundingan Amerika-Taleban tunjuk kemajuan setelah Presiden Trump beri isyarat akan laksana pengunduran hampir separuh askar Amerika dari Afghanistan.



7 September:



Presiden Trump batalkan rundingan seminggu selepas umum "perjanjian secara berprinsip" telah dicapai setelah seorang askar Amerika terbunuh dalam serangan Taleban.



2020



29 Februari:



Utusan khas Amerika Zalmay Khalilzad dan pegawai kanan Taleban Mullah Abdul Ghani Baradar memeterai perjanjian rintis jalan pengunduran tentera Amerika dan jaminan Taleban bahawa negara itu tidak akan digunakan bagi kegiatan pengganasan.



12 September:



Rundingan damai antara pihak-pihak berbeza Afghanistan bermula di Doha.



2021



14 April:



Presiden Joe Biden umum pengunduran penuh tentera Amerika jelang 11 September.



4 Mei:



Taleban serang Helmand di daerah selatan dan sekurang-kurangnya enam wilayah lain.



22 Jun:



Taleban lancar serangan di kawasan utara, dan berjaya kawal 50 daripada 370 wilayah.



2 Julai:



Tentera Amerika undur dari Pangkalan Tentera Udara Bagram, sekali gus tamatkan penglibatan Amerika dalam peperangan tersebut.



16 Ogos:



Afghanistan tawan Kabul dan isytihar peperangan di Afghanistan sudah berakhir. Presiden Ashraf Ghani tinggalkan Afghanistan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >