Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Argentina tunjuk perpaduan lepas cubaan bunuh presiden

Sep 04, 2022 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Ribuan warga Argentina mengadakan perhimpunan di tengah bandar Buenos Aires kelmarin bagi menunjukkan perpaduan terhadap Naib Presiden, Cik Cristina Fernandez de Kirchner, yang terselamat daripada satu percubaan membunuhnya oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol di luar kediamannya.



Kejadian mengerikan yang menimpa Cik Christina, 69 tahun, Khamis malam itu berlaku semasa sekumpulan orang sedang berhimpun di depan rumahnya.



Seorang lelaki mengacukan pistol pada jarak dekat ke arah beliau dan cuba menembaknya tetapi pistol itu gagal berfungsi. Kejadian itu berlaku sedang Argentina berdepan perpecahan masyarakat akibat kemelut politik dan krisis ekonomi buruk.



Presiden Alberto Fernandez memaklumkan senjata api itu mengandungi lima peluru namun tidak kena pada sasaran ketika tembakan dilepaskan.



Cubaan bunuh itu berlaku ketika Cik Christina baru pulang dari mahkamah selepas menjalani perbicaraan bagi kes rasuah terhadapnya, selepas beliau menafikan terlibat dalam sebarang skandal rasuah.



Beliau berdepan tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan skim menyeleweng dana awam semasa menjadi presiden antara 2007 dan 2015. Pendakwa raya meminta Cik Christina dihukum penjara 12 tahun.



Menurut polis, suspek cubaan bunuh itu, seorang rakyat Brazil berusia 35 tahun, sekarang ditahan dan pihak berkuasa sedang menyiasat motif serangan itu.



Dalam pada itu, dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung, Encik Fernandez menyelar serangan itu dan menyifatkannya sebagai ancaman terburuk sejak Argentina mengamalkan semula dasar demokrasi pada 1983.



"Kita boleh bercanggah pendapat dan tidak bersetuju dengan satu sama lain, namun ucapan kebencian tidak boleh mendapat tempat di negara ini kerana ia jelas mencetuskan keganasan, yang tidak boleh wujud bersama demokrasi," katanya.



Beliau turut mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi membolehkan semua rakyat Argentina "bermuhasabah mengenai kecekalan dalam kehidupan, demokrasi dan perpaduan bersama naib presiden".



Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah Cik de Kirchner sebelum naib presiden itu menundukkan kepalanya. Satu lagi video menunjukkan orang ramai cuba melindungi beliau daripada supek.



Sementara itu, jurucakap polis berkata senjata yang digunakan suspek ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >