Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Filipina mengundi, Marcos Jr dijangka menang

May 10, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Lebih 65 juta rakyat Filipina mengundi semalam untuk memilih presiden baru mereka, dengan anak seorang mantan presiden menjadi pilihan untuk menang namun tidak dapat diketepikan juga satu keputusan mengejut.



Encik Ferdinand Marcos Jr, 64 tahun, diramal dipilih sebagai presiden ke-17 Filipina, dengan pengamat meletakkan peluangnya untuk menang pada 75 peratus.



Beliau mendahului pesaing terdekatnya, Naib Presiden Leni Robredo, 57 tahun, dengan lebih 30 mata peratusan dalam tinjauan.



Namun, penyokong Cik Robredo percaya jurang itu sebenarnya jauh lebih rapat, memberi contoh jumlah besar pengundi dalam perhimpunan politiknya dan kelemahan dalam tinjauan yang dijalankan.



"Kemenangan jauh daripada terjamin buat Marcos - oleh itu ada peluang 25 peratus buat Robredo.



"Peratusan keluar mengundi yang rendah mungkin lebih memihak kepada Robredo berbanding Marcos, memandangkan risiko berpuas hati dalam kalangan penyokong Marcos," kata Encik Peter Mumford, penganalisis utama Kumpulan Eurasia di Asia Selatan dan Tenggara, lapor The Straits Times.



Beliau berkata Cik Robredo "jelas kini mempunyai momentum, seperti yang dibuktikan dengan ramainya orang yang menghadiri perhimpunan beliau".



Tinjauan pada 2016 juga membayangkan satu pertiga pengundi hanya membuat keputusan mengenai calon pilihan mereka dalam 10 hari terakhir.



Namun "jurang yang besar sukar untuk dirapatkan", kata Encik Mumford.



Sementara itu, dalam pertandingan menjadi naib presiden, Cik Sara Duterte-Carpio, 46 tahun, calon pasangan Encik Marcos Jr yang juga anak Presiden Rodrigo Duterte, diramalkan menang besar dengan mendahului lebih 40 mata peratusan calon tempat kedua, presiden Senat, Encik Tito Sotto, 73 tahun.



Presiden Duterte, 77 tahun, yang dilarang oleh perlembagaan bertanding bagi penggal presiden kedua, tidak menyokong mana-mana calon presiden, tetapi parti politiknya menyokong Encik Marcos Jr.



Beliau secara peribadi menyokong anak perempuannya.



Pusat mengundi dibuka 6 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Singapura), dan pengundian dijadual ditutup pada 7 malam, dengan pengiraan undi bermula selepas itu.



Keputusan tidak rasmi mungkin dikeluarkan beberapa jam selepas pengiraan undian secara langsung.



Namun dalam pilihan raya 2016, Encik Duterte secara rasmi diisytiharkan sebagai pemenang hanya selepas tiga minggu hari mengundi.



Kira-kira 67.5 juta rakyat Filipina telah mendaftar untuk mengundi pada pilihan raya tahun ini, lebih 13 juta daripada pada 2016.



Hampir dua juta yang tinggal di luar negara telah membuang undi.



Selain jawatan presiden dan naib presiden, pengundi akan memilih 12 senator, 253 wakil daerah dan kira-kira 18,000 gabenor, naib gabenor, datuk bandar, naib datuk bandar, ahli lembaga wilayah, dan ahli majlis bandaran dan bandar.



Kemenangan Encik Marcos Jr akan menggambarkan kembalinya berkuasa sebuah keluarga yang mempunyai rekod mahkamah dan akaun sejarah bertanggungjawab bagi pembunuhan besar-besaran dan kleptokrasi yang diinstitusikan semasa pemerintahan 20 tahun bapanya yang berakhir pada 1986 ekoran gerakan prodemokrasi rakyat.



Cik Robredo, sebaliknya, ialah pewaris gerakan prodemokrasi 1986 yang menggulingkan Marcos Sr.



Beliau menolak naratif keluarga Marcos bahawa zaman pemerintahan Marcos Sr ditandai dengan keamanan dan kemakmuran, dan pemberontakan 1986 tidak lebih daripada satu rampasan kuasa yang didalangi minoriti yang berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >