Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Indonesia perlu belajar hidup dengan Covid-19: Pasukan Bertindak

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Rakyat Indonesia perlu belajar untuk hidup dengan virus Covid-19, kata ketua divisyen kecil penjejakan jagaan kesihatan Pasukan Bertindak Menguruskan Covid-19, Encik Koesmedi Priharto.



"Sehingga kini, tiada yang boleh meramalkan bila pandemik Covid-19 akan berakhir. Beberapa negara sudah pun dalam proses pembukaan semula telah tiba-tiba menguatkuasakan satu lagi tempoh penutupan.



"Justeru adalah wajar bagi kita untuk mempersiapkan diri untuk hidup bersama dengan virus ini," katanya dalam satu perbincangan dalam talian tentang mempelajari hidup dengan virus Covid-19, yang datang dari Jakarta.



Untuk hidup bersama dengan koronavirus dan menghentikan penularan, masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan norma baru, kata Encik Priharto.



"Jika kita tidak boleh menghalang virus daripada menular, kita akan melihat satu lagi lonjakan dalam bilangan kadar jangkitan.



"Masyarakat perlu memahami perkara ini kerana pemerintah memerlukan sokongan mereka untuk menghentikan penularan virus," tambahnya.



Menurutnya, pemerintah sedang berusaha untuk mengawal penularan Covid-19 dan bekerjasama dengan orang awam adalah perlu bagi usaha ini.



Pematuhan yang ketat terhadap protokol kesihatan dalam masyarakat akan membantu menurunkan kadar jangkitan, tambahnya.



"Kenaikan dan kemerosotan dalam kadar positif virus bergantung pada sikap kita kerana jika kita menjalankan protokol kesihatan dengan betul, kadar positif Covid-19 akan merosot. Ini yang kita perlu persiapkan diri daripada sekarang," kata Encik Priharto lagi.



Semasa perbincangan itu, ketua wilayah Gunung Kidul di Yogyakarta, Encik Sunaryanta, melahirkan komitmen pentadbirannya untuk memperbaiki tahap pematuhan protokol kesihatan dan menggalak vaksinasi dalam wilayah itu.



"Kita akan memberi keutamaan kepada dua aspek ini dengan serta-merta. Jika kita hanya mempertingkat satu aspek dan tidak menghiraukan satu lagi, kadar jangkitan tidak akan bertambah baik," tambah ketua wilayah itu.



Penguasa wilayah juga komited dalam mendidik penduduk kepentingan mematuhi protokol kesihatan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa wilayah kecil, wakil penduduk dan pemimpin masyarakat, katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >