Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Indonesia tuntut tindakan tegas tangani rasuah

Apr 12, 2017 | 10:39 AM



JAKARTA (Indonesia): Rakyat Indonesia menuntut agar kes rasuah yang membelenggu negara itu ditangani dengan tegas, menyusuli insiden serangan asid ke atas penyiasat kanan Suruhanjaya Pembanteran Rasuah (KPK), Encik Novel Baswedan, pagi semalam (11 Apr).



Melaporkan hal itu, akhbar The Jakarta Post hari ini menukil pengerusi sayap belia persatuan Muhammadiyah, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak, yang melahirkan rasa terkejut atas serangan itu.



"Saya mengecam tindakan ganas itu dan mengharapkan pihak berkuasa mengenakan hukuman berat ke atas pelaku," katanya dalam satu kenyataan.



Persatuan Muhamadiyah merupakan pertubuhan Muslim yang kedua terbesar di republik itu.



Encik Novel merupakan salah seorang penyiasat utama KPK yang telah memimpin siasatan bagi kes-kes berprofil tinggi sebelum ini, termasuk yang berkaitan dengan pemerolehan lesen simulasi pemandu, yang turut membabit ketua divisyen trafik Polis Nasional, Inspektor Jenderal Djoko Susilo.



Encik Novel juga terlibat dalam siasatan KPK yang membongkar rasuah berleluasa berkaitan pelaksanaan program kad pengenalan elektronik (e-ID).



Beberapa anggota Dewan Perwakilan dan pegawai kanan pemerintah turut terbabit dalam kes ini.



Pekerja kesatuan KPK juga mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan asid ke atas anggotanya.



"Kami benar-benar mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan ini, yang merupakan satu bentuk tindakan ganas dan usaha untuk melemahkan KPK," kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >