Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Rakyat Israel bantah usul perubahan kehakiman buat minggu kelima

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



TEL AVIV: Puluhan ribu rakyat Israel telah berkumpul untuk bantahan minggu kelima terhadap perubahan kehakiman kontroversi yang dicadangkan oleh pemerintah Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu.



Penunjuk perasaan di ibu kota Tel Aviv itu dilihat sedia mengharungi hujan lebat semasa membuat bantahan pada Sabtu lepas, membawa bendera Israel biru dan putih dan melaungkan slogan menentang menteri kehakiman dalam Kabinet Encik Netanyahu.



"Saya di sini malam ini bagi memprotes peralihan Israel daripada demokrasi kepada autokrasi," kata seorang jurutera perisian, Encik Dov Levenglick, 48 tahun, kepada agensi berita Reuters di Tel Aviv.



"Ia memalukan, ia tidak akan bertahan."



Perubahan yang dicadangkan itu, yang menurut kerajaan diperlukan untuk mengekang tindakan berlebihan oleh hakim, telah mendapat tentangan hebat daripada pelbagai kumpulan termasuk peguam dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin perniagaan, melebarkan perpecahan politik yang sudah mendalam dalam masyarakat Israel.



Pengkritik berkata demokrasi Israel akan terjejas jika kerajaan berjaya meneruskan rancangan itu, yang akan mengetatkan kawalan politik ke atas pelantikan kehakiman dan mengehadkan kuasa Mahkamah Agung untuk membatalkan keputusan pemerintah atau undang-undang di parlimen Israel, atau Knesset.



"Mereka mahu meruntuhkan sistem kehakiman Israel, mereka mahu meruntuhkan demokrasi Israel, dan kami berada di sini setiap minggu dalam apa jua cuaca… untuk menentangnya dan memperjuangkan demokrasi Israel," kata seorang warga bernama Hadar Segal, 35 tahun, kepada Reuters di Tel Aviv.



Media tempatan melaporkan bantahan di kira-kira 20 bandar di seluruh negara.



Antara orang ramai di Haifa ialah mantan Perdana Menteri Israel, Encik Yair Lapid, yang berkata dalam video yang disiarkan ke media sosial:



"Kami akan menyelamatkan negara kami kerana kami tidak mahu tinggal di negara yang tidak demokratik."



Encik Netanyahu, yang dibicarakan atas dakwaan rasuah, telah menolak bantahan itu sebagai keengganan oleh penentang berhaluan kiri untuk menerima keputusan pilihan raya November lalu, yang menghasilkan salah satu kerajaan paling kanan dalam sejarah Israel. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >