Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Malaysia berebut beli minyak masak sebelum subsidi lenyap

Oct 24, 2016 | 12:41 PM
Seorang pembeli membawa dua botol minyak masak di sebuah pasar raya di Malaysia.
Seorang pembeli membawa dua botol minyak masak di sebuah pasar raya di Malaysia. - GAMBAR SIN CHEW DAILY

PETALING JAYA: Minyak masak menjadi barang paling dicari di Malaysia sekarang dan pasar raya besar tertentu membataskan penjualan.

Tinjauan akhbar The Star di sebuah pasar raya mendapati notis diletak bagi memberitahu pelanggan penjualan minyak masak dihadkan kepada "dua botol setiap keluarga setiap hari".

Minyak masak dalam botol 5kg, 3kg dan 1kg lenyap dari rak-rak berikutan pengumuman baru-baru ini mengenai penghapusan subsidi minyak masak secara berperingkat mulai 1 Nov.

Beberapa pelanggan berkata pada Ahad (23 Okt) mereka terkejut melihat rak-rak kosong dan bekalan terhad.

"Ya, saya terkejut apabila melihat jumlah terhad minyak masak di rak-rak. Mungkin orang cepat-cepat beli lepas berita itu keluar," kata, Encik Amril Mohd, 29 tahun.

Penyelia tapak itu berkata beliau bertanya pada bapanya yang tinggal di Kuala Lipis, tetapi diberitahu tidak demikian di pekan di Pahang itu.

"Mungkin, ia berlaku hanya di bandar," katanya.

Timbalan presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia, Encik Mohd Yusof Abdul Rahman, menggesa pengguna jangan membeli banyak minyak masak dek panik.

"Bekalan seharusnya mencukupi di pasaran. Masalah akan berlaku jika semua orang mula beli lebih daripada apa yang diperlukan," katanya.

Di Pulau Pinang, pengurus besar Sunshine Wholesale Mart, Encik Yee Kam Ming, berkata cawangannya di Bayan Baru telah kehabisan minyak masak tetapi bekalan baru dijangka tiba pada Isnin (24 Okt). - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg