Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Malaysia berpeluang balik kampung cuti Raya?

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan tidak mustahil rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri untuk balik kampung semasa cuti Hari Raya jika mereka terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengikuti penilaian risiko mengenai situasi Covid-19 di negara itu.



Ini termasuk kes-kes harian, kadar jangkitan, kapasiti unit jagaan rapi (ICU) di hospital, situasi Covid-19 yang melibatkan pekerja kesihatan yang dijangkiti, serta pemeriksaan secara keseluruhan.



"MOH akan meninjau semua data dan fakta sebelum menasihati atau mengesyorkan kepada jawatankuasa teknikal untuk membuat keputusan di mesyuarat khas Majlis Keselamatan Nasional," kata kementerian itu, yang menarik perhatian penilaian risiko dibuat dari masa ke masa.



Dalam satu catatan di Facebook kelmarin, kementerian itu berkata kes-kes baru menunjukkan "trend menurun walaupun (angka itu) tidak konsisten".



Namun, masih terlalu awal untuk menilai adakah keadaan bertambah baik, menurut kementerian itu lagi.



Pakar kesihatan berkata terdapat aspek lain yang harus dipertimbangkan sebelum membenarkan orang ramai untuk balik kampung.



"Penilaian Kementerian Kesihatan tidak menentukan kadar rujukan untuk kes harian atau kadar jangkitan," kata pakar epidemiologi perubatan Profesor Madya Dr Malina Osman.



Dari sudut pandangan kesihatan awam, kadar jangkitan yang boleh diterima bermaksud bilangan kes aktif yang berkurangan serta kes harian dalam lingkungan satu atau dua digit secara konsisten sepanjang 14 hari berturut-turut.



Berdasarkan trend kes Covid-19 yang sebelumnya di negara itu, beliau berkata negara itu telah melihat pelanggaran SOP apabila perjalanan antara negeri diizinkan, yang menyebabkan lonjakan jangkitan pada Disember 2020.



"Penilaian risiko mungkin bermanfaat untuk membuka laluan bagi tujuan ekonomi dan pelancongan tetapi bukan untuk balik kampung," katanya.



Dengan adanya vaksin, Dr Malina mengusulkan agar pemerintah menunggu fasa kedua program vaksin yang melibatkan golongan mudah terjejas yang perlu diadakan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan langkah membenarkan perjalanan antara negeri di seluruh negara.



"Berdasarkan data terbaru oleh Kementerian Kesihatan, sekitar 69 peratus kematian yang berkaitan dengan jangkitan Covid-19 melibatkan mereka yang berusia 60 tahun dan 89 peratus daripada mereka mengalami isu kesihatan sedia ada.



"Sekiranya kebanyakan daripada golongan mudah terjejas sudah menerima vaksin dan kes telah berkurangan kepada satu hingga dua angka setiap hari, maka perjalanan antara negeri boleh dibenarkan walaupun secara peribadi, saya lebih suka kalau ini dilakukan satu hingga dua minggu setelah Hari Raya," katanya.



Dr Malina mengingatkan agar orang ramai berhati-hati kerana wabak itu masih menjadi ancaman.



"Semua keputusan harus dipertimbangkan secara menyeluruh untuk menghindari kemungkinan timbulnya gelombang (jangkitan) keempat," katanya.



Merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, bahawa perjalanan antara negeri hanya akan dibenarkan apabila 70 peratus hingga 80 peratus penduduk diberi vaksin, pakar epidemiologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud pula berkata keputusan sedemikian seharusnya didorong oleh bukti dan bukan sasaran. - The Star.




"Sekiranya kebanyakan daripada golongan mudah terjejas sudah menerima vaksin dan kes telah berkurangan kepada satu hingga dua angka setiap hari, maka perjalanan antara negeri boleh dibenarkan walaupun secara peribadi, saya lebih suka kalau ini dilakukan satu hingga dua minggu setelah Hari Raya.

...Semua keputusan harus dipertimbangkan secara menyeluruh untuk menghindari kemungkinan timbulnya gelombang (jangkitan) keempat.''

- Profesor Madya Dr Malina Osman, pakar epidemiologi perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >