Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M'sia terkandas di KL mula 'balik kampung'

May 07, 2020 | 07:53 PM



KUALA LUMPUR: Warga yang terkandas di Kuala Lumpur (KL) dan negeri-negeri lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu boleh pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain sekitar Semenanjung mulai semalam hingga Ahad ini melalui pergerakan Gerak Malaysia.



Hari pertama pergerakan rentas negeri bagi pemohon Gerak Malaysia semalam menyaksikan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dan kawasan plaza tol menghala keluar dari ibu negara lancar sehingga 1 tengah hari.



Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pihaknya menjangkakan 300,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama sepanjang tempoh pergerakan rentas negeri dilaksanakan sehingga Ahad ini.



“Pada pagi ini (semalam), kami dapati lebuh raya utama seperti Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2, serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih lancar dan tiada kesesakan dilaporkan.



“Namun, kami menjangkakan aliran trafik akan bertambah pada sebelah petang iaitu selepas waktu berbuka puasa,” kata jurucakap itu.



Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati pergerakan trafik di Plaza Tol Jalan Duta arah utara, Plaza Tol Sungai Besi arah selatan dan Plaza Tol Gombak menuju Pantai Timur lancar sehingga 1 tengah hari semalam.



Tinjauan turut mendapati orang ramai memilih untuk memulakan perjalanan selepas 10 pagi, iaitu selepas waktu puncak untuk ke destinasi masing-masing.



Seorang pengguna Tol Jalan Duta, Cik Hayati Roslan, 37 tahun, berkata beliau yang terkandas di KL merancang perjalanannya ke Baling, Kedah secara rapi.



“Saya ikut saranan pihak berkuasa untuk tambah nilai dan isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan.



“Saya anggarkan perjalanan akan makan masa lima jam tapi saya bawa siap-siap makanan ringan untuk berbuka sekiranya jalan sesak.



“Sudah dekat dua bulan saya tak pulang sebab Perintah Kawalan Pergerakan ini. Betul-betul sebelum pengumuman PKP, saya datang ke Kuala Lumpur untuk lawat saudara di sini,” katanya kepada Bernama.



Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memasuki hari keempat pelaksanaannya semalam tertumpu kepada proses rentas negeri bagi orang ramai yang terkandas berikutan penguatkuasaan PKP.



Bagi mereka yang ingin bergerak rentas negeri, beberapa peraturan bagaimanapun perlu dipatuhi.



Ini termasuk tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa di kawasan rehat lebuh raya, kecuali untuk menggunakan tandas.



Tandas awam dibuka tetapi orang ramai dinasihati untuk mengamalkan jarak selamat.



Pengguna juga dinasihati membawa bekal makanan sendiri kerana tiada sebarang kemudahan jual beli makanan dibuka dan surau juga ditutup.



Di samping itu, stesen minyak juga hanya beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam.



Sehingga kelmarin, sebanyak 143,516 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mereka yang ingin melakukan rentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas terkandas di lokasi semasa berikutan penguatkuasaan PKP. –Astro Awani, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >