Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Palestin yang cedera banjiri hospital

May 12, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Rakyat Palestin yang cedera dalam pertempuran dengan polis Israel di Masjid Al-Aqsa telah memenuhi hospital di timur kota itu, dengan beberapa daripada mereka kehilangan daya penglihatan selepas ditembak oleh peluru getah.



Seorang tukang kayu berusia 19 tahun, Ezzedine, yang berasal dari Nablus, Tebing Barat, memberitahu doktor di Hospital Makassed, beliau tidak dapat melihat semula di mata kirinya selepas mengalami kecederaan di tempat pertempuran itu.



Beliau datang ke Al-Aqsa untuk bersembahyang Tarawih pada malam Jumaat apabila polis melepaskan tembakan dari pelancar bom tangan dan gas pemedih mata.



"Mereka mahu merampas tempat yang bukan milik mereka," katanya kepada agensi berita AFP, merujuk kepada tapak suci ketiga Islam dan turut dihormati kaum Yahudi yang memanggilnya sebagai 'Temple Mount'.



Ezzedine adalah anak bongsu keluarga enam beradik lelaki dan perempuan. Beliau enggan memberi nama penuh kerana telah menyusup masuk ke Baitulmakdis untuk bersembahyang.



Pengarah Agung Hospital Makassed, Encik Adnan Farhoud berkata, 100 pesakit tiba pada pagi Isnin lalu, dan kira-kira 200 orang tiba selepas kekacauan pertama berlaku.



Menurut beliau, kebanyakan pesakit yang datang pada Isnin lalu mengalami kecederaan di kepala, dada dan bahagian atas dan bawah anggota badan mereka - menunjukkan pasukan Israel secara sengaja menyebabkan kecederaan.



Apabila "anda mahu mencederakan seseorang anda menembak ke kepalanya," kata beliau kepada AFP.



Polis berkata, sembilan anggotanya cedera pada Isnin lalu dan seramai 18 lagi cedera dalam pertempuran pada Jumaat lepas.



Pasukan Bulan Sabit Palestin berkata, ia telah membuka hospital medan bagi merawat mereka yang cedera sebelum menghantar kepada ke hospital tempatan.



Hospital Augustus Victoria di timur Baitulmakdis telah membuka sebuah bilik kecemasan untuk merawat mereka yang cedera.



Israel dalam pada itu berkeras bahawa ia kekal menjamin hak orang Muslim untuk beribadah di Al-Aqsa, tetapi mendakwa ia terpaksa bertindak bagi menghentikan rusuhan di halaman masjid itu setelah rakyat Palestin membaling batu dan barangan lain ke arah polis.



Pertempuran tercetus berikutan rancangan rejim Zionis Israel untuk mengusir penduduk Palestin dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah.



Negara-negara sedunia menzahirkan keprihatinan dan mengecam Israel yang bertindak ganas ke atas rakyat Palestin yang tidak bersenjata.



Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan kelmarin berkata, negara itu menolak sebarang rancangan dan langkah mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmakdis dan menguatkuasakan 'hak kedaulatan Israel' ke atas mereka.



Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah memulihkan hubungan dengan Israel pada tahun lalu turut 'mengutuk keras' rancangan tersebut.



Menteri Hal Ehwal Luar UAE, Khalifa Al-Marar menggesa pihak berkuasa Israel supaya 'bertanggungjawab' ke atas keadaan di situ sejajar dengan undang-undang antarabangsa bagi melindungi hak orang awam Palestin dan menghentikan tindakan yang mencabul kesucian Masjid Al-Aqsa.



Oman juga menolak dasar dan tatacara Israel mengusir orang Palestin dari rumah mereka di Sheikh Jarrah dengan mengulangi pendirian bagi menyokong hak sah untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka di wilayah sempadan 1967, dengan Baitulmakdis sebagai ibu negara.



Kecaman terhadap tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan Israel juga dikutuk keras Majlis Wakaf (pentadbir kawasan Al-Aqsa), Jordan, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan negara-negara Arab lainnya.



Amerika Syarikat menggesa semua pihak supaya mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan status rundingan tahap akhir di antara Israel dan Palestin.



Di bawah Resolusi 2334 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin adalah salah dan tidak sah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >