Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Rakyat AS sambut 'Thanksgiving' di rumah dek pandemik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Rakyat AS sambut 'Thanksgiving' di rumah dek pandemik

Nov 28, 2020 | 05:30 AM

REHOBOTH BEACH (Delaware): Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, dan Presiden Donald Trump, seperti jutaan rakyat Amerika lainnya meraikan hari kesyukuran atau 'Thanksgiving' di rumah semalam sedang pandemik koronavirus terus menyerang serata negara itu.

Encik Biden meluangkan masa cuti di sebuah pekan tepi laut di Rehoboth, Delaware, di mana beliau dan isteri punya rumah percutian.

Keluarga Encik Biden menyambut kehadiran anak perempuan mereka, Cik Ashley Biden dan suaminya Encik Dr Howard Krein, menikmati jamuan sempena hari cuti itu.

Mantan naib presiden itu, tampil bersama isteri dalam satu perutusan video yang dimuatnaikkan ke akaun Twitter sempena cuti 'Thanksgiving', berkata adalah satu yang biasa bagi keluarganya berkumpul di pulau Nantucket tidak jauh dari Massachusetts, tetapi akan kekal di Delaware tahun ini "untuk bersama-sama dalam satu kumpulan kecil mengelilingi meja makan" disebabkan pandemik.

Dalam satu ucapan seakan gaya ucapan presiden kepada negara yang menyaksikan lebih 260,000 orang terkorban akibat koronavirus, Encik Biden berkata rakyat Amerika sama-sama berkongsi pengorbanan dan membuat "satu kenyataan umum" dengan tinggal di rumah dengan keluarga terdekat mereka.

"Saya tahu ini bukan cara ramai di antara kita harapkan untuk meluangkan masa percutian kita. Kita tahu langkah sekecil ini dengan duduk di rumah adalah hadiah untuk rakan senegara," kata Encik Biden, yang akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada 20 Januari ini.

"Saya tahu hari-hari mendatang yang lebih baik akan muncul tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Trump yang selalunya meluangkan masa meraikan hari cuti di pusat peranginannya, Mar-a-Largo di Florida, didapati terus berada di kawasan Washington.

Ia jauh berbeza daripada tahun lalu dengan beliau membuat lawatan mengejut ke Afghanistan dan menghidangkan ayam belanda kepada askar Amerika sebelum duduk menikmati jamuan malam Thanksgiving bersama mereka.

Ia berbeza daripada Encik Biden yang merayu kepada rakyat Amerika supaya meraikan hari cuti dengan mengamalkan jarak sosial dan memakai pelitup, sedang Encik Trump dalam pengisytiharan hari Thanksgiving menggesa rakyat Amerika untuk "berkumpul" sempena hari cuti ini.

"Saya menggalak semua rakyat Amerika berkumpul, di rumah atau di tempat ibadah, untuk memberi doa kesyukuran kepada Tuhan atas pelbagai rahmat-Nya," kata Presiden yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 bulan lalu, dalam satu kenyataannya.

Encik Trump sering tidak mempedulikan amaran kesihatan dan meraikan kumpulan besar tetamu di Rumah Putih, dengan ramai tetamunya tidak memakai pelitup.

Selain itu, beberapa orang ternama di Amerika, termasuk isteri presiden, Cik Melania Trump, dan anggota Kongres telah diuji positif Covid-19 dari beberapa acara yang dianjurkan. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3