Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI MALAYSIA

Rakyat semakin marah cara kerajaan M'sia tangani Covid-19

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kemarahan awam tentang cara kerajaan menguruskan pandemik di Malaysia telah bertambah hujung minggu lalu, dengan bilangan kes baru dan kematian terus bertambah.



Sebanyak 20,546 kes Covid-19 baru dan 282 kematian dilaporkan kelmarin, dengan bilangan kes harian di negara itu mencapai lima angka sejak 13 Julai.



Bilangan orang yang dijangkiti juga telah melepasi sejuta dalam tempoh yang sama.



Namun, meskipun bilangan kes baru di sana kian bertambah, video yang menunjukkan orang ramai masih melanggar protokol kesihatan dan keselamatan rancak dikongsi di media sosial.



Dalam satu video yang menjadi tular baru-baru ini, sekumpulan orang boleh dilihat beratur di luar sebuah pusat vaksinasi di Kuala Lumpur tanpa mematuhi jarak sosial.



Keadaan itu mencetus bantahan rancak di dalam talian, dengan ramai meluahkan keprihatinan ia boleh menyebabkan penyakit itu terus menular.



Seorang warga Malaysia, Cik Eliya Zainun berkata beliau telah kehilangan ibu dan tiga adik-beradik kerana Covid-19.



"Kini hanya kami tiga beradik yang tinggal - ayah, adik lelaki dan saya," ujar beliau, 30 tahun.



"Saya bangun tidur setiap hari dengan jiwa yang amat berat dan hanya dapat berdoa supaya saya tidak dikenakan dugaan lagi. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak menerima satu lagi kehilangan... takut saya hilang harapan untuk hidup."



Seorang lagi warga, Encik Robert Cheah, 32 tahun juga sedang berkabung atas kematian ibu bapanya, yang meninggal dunia akibat Covid-19 selepas dijangkiti jiran.



"Mereka meninggal dunia selang seminggu, dua minggu sebelum mereka dijadual mendapatkan vaksin," ujar Encik Cheah.



"Kami semua menghitung hari untuk menanti hari vaksinasi, tetapi amat dahsyat bagaimana ia berakhir," kata beliau, yang berkata perniagaannya telah runtuh.



"Saya hanya amat menghargai kerana kakak-kakak saya, yang berada di Hong Kong dan di Singapura, sedang membantu saya dengan beberapa pinjaman yang saya ambil semasa perniagaan masih baik."



Kededua Cik Eliya dan Encik Cheah mempersalahkan pentadbiran dan penguatkuasaan yang lemah bagi keadaan di Malaysia pada masa ini, di mana lonjakan susulan kes baru Covid-19 telah menyebabkan ribuan kematian dan mengenakan tekanan yang amat ke atas sistem penjagaan kesihatan negara, dalam laporan The Straits Times.



Dalam pada itu, kerajaan telah melonggarkan beberapa sekatan ekonomi bagi kumpulan yang telah divaksin sepenuhnya.



Sejak semalam, beberapa perniagaan telah dibenarkan menjalankan operasi semula, di bawah fasa pertama pembukaan semula negara.



Beberapa perniagaan seperti salun rambut dan kedai perabot, perawatan sukar dan aksesori kereta di Selangor, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah kini dibenar dibuka semula. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >