SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rakyat Tonga bangkit, bangun semula tanah air

Rakyat Tonga bangkit, bangun semula tanah air

Jan 23, 2022 | 5:30 AM

Rakyat Tonga bangkit, bangun semula tanah air

BANTUAN ANTARABANGSA: Tentera Australia melakukan siri bantuan kemanusiaan menerusi penghantaran barangan keperluan dan kecemasan yang dikerahkan menerusi kapal tentera HMAS Adelaide pada 20 Januari lalu. - Foto REUTERS
BANTUAN ANTARABANGSA: Tentera Australia melakukan siri bantuan kemanusiaan menerusi penghantaran barangan keperluan dan kecemasan yang dikerahkan menerusi kapal tentera HMAS Adelaide pada 20 Januari lalu. - Foto REUTERS -

NUKU'ALOFA: Rakyat Tonga bertekad membina semula tanah air mereka yang terjejas teruk akibat letupan gunung berapi dan tsunami.

Letupan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai pada Sabtu lalu, mencetuskan tsunami sehingga membadai kepulauan Tonga, selain memberi kesan terhadap lebih 80 peratus penduduk negara itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Debu toksik yang dimuntahkan gunung berapi mencemarkan bekalan air minuman penduduk, termasuk merosakkan tanaman dan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kampung musnah.

Susulan kejadian itu, operasi penyaluran bekalan bantuan kemanusiaan kekal menjadi cabaran selepas kabel bawah laut yang menghubungkan Tonga dengan dunia terputus.

Namun begitu, wartawan Tonga, Cik Marian Kupu, berkata kebanyakan penduduk tempatan bertegas untuk kekal di situ untuk menjalankan pemulihan besar-besaran.

"Kami mahu berada di negara kami kerana ini menunjukkan kami sebagai rakyat Tonga. Kami mahu membina semula negara kami dan bersatu padu serta bergerak ke depan," katanya.

Dianggarkan satu kilometer padu bahan diletupkan dari gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai. - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg