Premium
Ramadan dorong ramai buang tatu secara percuma
Apr 5, 2024 | 5:30 AM
Cik Tessa Abigail (kanan) mengacukan sinar laser ke lengan Encik Andi Darmawan yang bertatu, sebagai prosedur membuang tatu di bazar Raya di Jakarta. - Foto ISMIRA LUTFIA TISNADIBRATA
Selepas mempunyai dua tatu kecil pada 2022 kerana ‘tersalah arah’, Cik Carmelia Yasmin menjalani prosedur membuang tatu pertamanya di sebuah bazar Raya di Jakarta yang menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk Muslim yang ingin bertaubat pada bulan suci ini.
“Saya mempunyai tatu, satu bintang kecil dan huruf awalan nama saya kerana teman lelaki saya ketika itu juga mempunyai tatu. Kini dengan sokongan suami dan ibu bapa saya, saya menjalani rawatan membuang tatu ini. Saya juga mahu menunjukkan contoh yang baik kepada anak saya yang berusia 15 tahun,” kata Cik Carmelia, 36 tahun, kepada Berita Harian selepas mendapat rawatan pertamanya.
Laporan berkaitan
Bazar Ramadan di Jakarta tawar realiti maya Mar 28, 2024 | 11:26 AM
Dua tarikh mula berpuasa berbeza di Indonesia Mar 11, 2024 | 4:09 PM

