Topik diikuti
Pergi ke BHkuRamai ambil peluang masuk ke AS lepas keputusan hakim
Premium
Ramai ambil peluang masuk ke AS lepas keputusan hakim
Ramai ambil peluang masuk ke AS lepas keputusan hakim
BANTAHAN DI LAPANGAN TERBANG:Cik Shemms Najjar (tengah) dari Torrence, California, memimpin bantahan menentang arahan eksekutif yang melarang penduduk daripada tujuh negara majoriti Islam di Lapangan Terbang Antarabangsa di Los Angeles, California. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Feb 7, 2017 | 5:30 AM
BAGHDAD/NEW YORK: Bagi Encik Fuad Sharef dan keluarganya, pengalaman pahit untuk meneruskan perjalanan dari Iraq ke Nashville, Tennessee, hampir berakhir lebih seminggu selepas ia bermula.
Bekas subkontraktor agensi pembangunan Amerika Syarikat, isteri dan tiga anaknya mendarat di New York pada petang Ahad lalu dalam percubaan kedua mereka mahu memulakan hidup baru di Amerika, yang lama diidamkan.
