Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEMERGIAN RATU ELIZABETH

Ramai barisi jalanan untuk ucap selamat tinggal

Sep 12, 2022 | 05:30 AM



BALLATER (United Kingdom): Mendiang Ratu Elizabeth II memulakan perjalanan terakhirnya semalam dengan ribuan rakyatnya yang berkabung dijangka menyusuri sepanjang laluan kerandanya dari kediamannya di Scotland di mana beliau meninggal dunia.



Keberangkatan sayu dari Istana Balmoral ke Edinburgh menandakan permulaan perjalanan perkabungan nasional hingga pengebumian negaranya di London pada 19 September.



Perjalanannya bermula sehari selepas anak lelakinya diisytiharkan sebagai Raja Charles III secara rasmi, dan setelah cucu-cucunya, Putera William dan Putera Harry, yang sedang dalam pertelingkahan, bersama isteri-isteri mereka, Cik Kate dan Cik Meghan, bertemu semula semasa melahirkan penghargaan kepada orang ramai yang berkumpul di luar Istana Istana Windsor.



Kenderaan jenazah yang membawa keranda ratu yang paling lama berkhidmat di Britain itu, akan membuat perjalanan selama enam jam melalui bandar di Scotland sebelum tiba di Edinburgh, di mana ia akan berehat selama dua hari supaya orang ramai boleh memberi penghormatan.



Raja Charles akan ke Edinburgh hari ini untuk upacara ibadah sebelum mayat ratu berusia 96 tahun itu, yang meninggal dunia di kediamannya di Istana Balmoral Khamis lalu, diterbangkan ke ibu negara esok.



Upacara pengebumian rasmi dijangka mengumpulkan sekurang-kurangnya sejuta orang dan ditonton di serata dunia di hadapan kehadiran ramai ketua negeri.



"Kita sedang hidup dalam sejarah sekarang," kata Cik Laura Burns, 49 tahun, yang merancang untuk cuba melihat keranda ratu itu melalui Edinburgh setelah tiba ke bandar itu kerana anak lelakinya baru memulakan pengajian universiti.



"Ia suasana yang penuh hormat," katanya.



Sedang pertabalan Raja Charles ke takhta telah mendorong Britain untuk melangkah ke era baru yang digelar media sebagai 'Carolean', Britain dan keluarga diraja itu masih sedang menerima hakikat bahawa tamatnya sudah era 'Elizabethan'.



Putera William yang sebelum ini berdiam diri telah memberikan ucapan penuh emosi buat neneknya itu kelmarin.



"Beliau berada di sisi saya pada detik-detik paling gembira saya. Dan beliau berada di sisi saya sewaktu hari-hari paling sedih dalam kehidupan saya," katanya, yang kini bergelar Putera Wales.



Namun pemergian ratu itu juga membawa pertunjukan perpaduan yang mengejutkan dari Putera William, 40 tahun, dan adiknya, Putera Harry, 37 tahun, apabila mereka muncul bersama isteri masing-masing untuk bersapa rakyat yang memberikan ucapan takziah di luar Istana Windsor, dekat London.



Melihat dua pasangan itu bersama, yang hampir tidak bertemu satu sama lain sejak 2020 - walau jika mereka dilihat berbual dan berjabat tangan dengan rakyat di bahagian berbeza - kemungkinannya akan mencetuskan khabar tentang perdamaian.



Gambar empat anggota diraja itu terpampang di muka hadapan akhbar The Sun semalam diiringi tajuk berita All 4 One atau Keempat-empatnya Bersatu.



Anggota diraja kanan termasuk anak-anak ratu, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward serta keluarga mereka juga memeriksa bunga-bunga di luar Balmoral, yang diletakkan di sana sejak pemergian Ratu Elizabeth.



Keranda mendian, yang ditutup dengan bendera Scotland dan lingkaran bunga, telah diletakkan dalam dewan tarian Balmoral dan dibawa dalam kenderaan jenazah oleh enam pegawai. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >