Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ramai di Shah Alam 'sangkut' kos baiki kereta tinggi

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



SHAH ALAM (Selangor): Masih ramai mangsa banjir tidak menghantar kenderaan yang rosak kerana banjir ke bengkel untuk dibaiki disebabkan kos yang sangat tinggi dan membebankan, lapor Berita Harian Malaysia(BHM) semalam.



Malah ada yang menangguhkan kerja baik pulih kenderaan masing-masing meskipun sudah dihantar ke bengkel berhampiran selepas diberitahu kos yang perlu dikeluarkan.



Menurut penduduk Taman Sri Muda, Encik Mohammad Jafri Abdul Manaf, 39 tahun, ketiga-tiga kenderaannya yang terjejas banjir belum dihantar ke mana-mana bengkel disebabkan faktor berkenaan.



"Satu kenderaan tidak usik apa-apa lagi tambahan pula salah satu kenderaan saya, kereta lama iaitu Mitsubishi Pajero, tiada alat ganti.



"Saya juga difahamkan anggaran kasar sebuah kenderaan RM10,000 ($3,212) termasuk baiki, cuci, khidmat penghantaran ke bengkel, itupun belum tentu jadi, belum tentu kenderaan itu elok balik.



"Ini bermakna, setiap mangsa banjir yang berdepan masalah kenderaan rosak, sekurang-kurangnya kena ada RM5,000 dalam tangan untuk sebuah kenderaan," katanya.



Encik Mohammad Jafri berkata, selain faktor kos, ada bengkel tidak mengehadkan kemasukan kenderaan sehingga kenderaan yang dihantar tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.



"Ada bengkel jenis ambil kenderaan tanpa had dengan mengenakan deposit namun tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan, terpaksa cari bengkel lain pula.



"Ada bengkel bertanggungjawab, mereka tolak awal-awal sebab jumlah dihadkan, kita memang kecewa ditolak tetapi tidak mengapa sebab belum ambil deposit," katanya.



Sementara itu, Encik Razif Mat Arbak, 37 tahun, juga belum menghantar kenderaannya ke bengkel memandangkan kos minimum berjumlah RM15,000.



"Kereta saya Honda City, saya bersama penduduk ada membuat tinjauan mengenai anggaran kos kereta ini, baik pulih minimum RM15,000 dan konsultasi RM1,800.



"Bagi kami kos ini membebankan, jadi buat sementara waktu ini kami cuci sendiri, cari mekanik biasa dan macam saya, apa yang boleh buat sendiri, saya cuba ikut dalam YouTube seperti cuci kereta sebab kos cuci luar dalam RM3,500.



"Ini juga menyebabkan banyak kereta tersadai di bengkel selepas pemiliknya diberitahu anggaran kos yang diberikan, mereka tangguh dahulu baiki," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >