Topik diikuti
Pergi ke BHkuRamai pemimpin EU lahir kecewa dengan sikap Tsipras

Jul 4, 2015 | 5:30 AM
Ramai pemimpin EU lahir kecewa dengan sikap Tsipras
BRUSSELS: Bunuh diri, ugutan dan penipuan - pemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah membuat pelbagai tuduhan ke atas Greece sejak perbincangan yang diadakan selama berbulan-bulan tentang hutang menemui jalan buntu.
Walaupun kritikan itu menggambarkan kekecewaan dengan taktik perundingan Perdana Menteri Greece, Encik Alexis Tsipras, dan pemerintah Syriza radikal yang berhaluan kiri, ia juga boleh menjadi sebahagian strategi bagi menguruskan pendapat awam sebelum krisis itu menemui titik akhirnya.