Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ramai sokong langkah SM Tharman mahu tanding jawatan presiden

Jun 08, 2023 | 08:15 PM



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melahirkan sokongannya terhadap hasrat Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam satu kenyataan berkata langkah Encik Tharman adalah satu berita baik, dan beliau mengongsi pandangan rakan-rakan di pergerakan pekerja dalam mengalu-alukan keputusan Encik Tharman dan menyokong beliau dengan sepenuh hati.

“Saudara Tharman ialah kawan lama NTUC dan pemimpin kesatuan kita. Wawasan dan kebijaksanaannya yang luar biasa, ditambah dengan rasa mesra dan kerendahan hatinya, telah memberi manfaat kepada pemimpin dan pekerja kesatuan sekerja secara meluas dalam beberapa dekad lalu.

“Beliau sentiasa mengambil berat mereka yang rentan, beliau menggesa kami untuk memberi perhatian khusus kepada pekerja pertengahan umur dan lebih tua. Kami amat bersetuju.

“Saudara Tharman, terima kasih kerana mahu menyumbang ke tahap lebih tinggi pada rakyat Singapura dan negara kita. NTUC, kesatuan sekerja dan perusahaan sosial kami berikrar sokongan padu kami kepada anda,” ujar Encik Ng.

Naib presiden NTUC, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, berkata Encik Tharman telah mendedikasikan sebahagian besar hidupnya dalam perkhidmatan awam dan kepada rakyat Singapura.

“Beliau amat menyokong pemimpin di seluruh kesatuan sekerja, syarikat dan agensi pemerintah untuk melabur dalam latihan dan memperkenalkan cara pembelajaran yang inovatif. Beliau berpegang pada kepercayaannya bahawa pemimpin harus bertindak dan menjadi teladan kepada pekerja mereka.

“Saudara Tharman, terima kasih atas sumbangan anda yang tidak mementingkan diri sendiri. (Kami) berdiri dalam perpaduan bersama NTUC dan Pergerakan Buruh, kami akan berjalan bersama anda dalam perjalanan ini,” ujar beliau yang juga Anggota Parlimen Dilantik (NMP).

Anggota Parlimen (AP) di GRC Jurong yang sama, Cik Rahayu Mahzam, menyifatkan Encik Tharman sebagai seorang yang baik hati, penyayang, amat pintar dan tajam fikiran, namun sentiasa merendah hati.

“Ia merupakan satu penghormatan dan kegembiraan untuk berkhidmat di bawah bimbingan beliau di GRC Jurong. Beliau telah menerapkan nilai penting dalam pasukan kami untuk bekerja keras dan berkhidmat secara bersama demi kepentingan penduduk di Jurong,” katanya.

Beliau menambah, langkah Encik Tharman itu tidak akan mengubah apa-apa ke atas GRC Jurong dengan AP lain akan terus menunaikan kewajipan mereka dalam berkhidmat kepada penduduk dengan penuh usaha dan hati.

“Walaupun sedih melihat Encik Tharman berundur daripada peranannya sekarang, saya berbesar hati dengan hasratnya untuk terus berkhidmat kepada Singapura dalam jawatan yang berlainan.

“Dalam tempoh luar biasa yang kita lalui sekarang, saya benar-benar percaya Encik Tharman boleh memainkan peranan penting dalam mewakili Singapura sedang kita melaksanakan peranan kita dalam masyarakat antarabangsa, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan menjadikan kehidupan lebih baik buat rakyat kita,” ujar beliau.

Mengulas, mantan menteri Dr Yaacob Ibrahim berkata Encik Tharman adalah “calon idaman yang baik bagi masa depan negara”.

“Kehadirannya sahaja akan mengundang penghormatan yang besar di seluruh dunia. Beliau sangat dihormati dan cukup merendah hati untuk menyentuh hati orang biasa. Berlaku pada masa yang baik dalam sejarah negara kita,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >