Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA: RAMPASAN KUASA DI MYANMAR

Rohingya kembali terancam

Tentera kembali berkuasa cetus bimbang akan berlaku sekali lagi keganasan lanjut ke atas kaum tersisih di wilayah Rakhine
Mar 15, 2021 | 05:30 AM



BANYAK pihak memberi tumpuan kepada rakyat Myanmar yang melakukan bantahan besar-besaran menentang rampasan kuasa yang dilakukan pihak tentera negara itu.



Namun, satu golongan penduduk negara itu yang sekian lama dan masih disisihkan, masyarakat Rohingya, kurang mendapat perhatian dalam kejadian kudeta itu.



Malah, mereka dikatakan berasa lebih khuatir dengan pihak tentera kembali berkuasa kerana bimbang akan berlaku sekali lagi keganasan lanjut di wilayah Rakhine, terutama sekali tindakan keras terhadap mereka.



Mentelah, pihak tentera telah didakwa, termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melakukan banyak serangan ke atas masyarakat Rohingya, termasuk kes bunuh dan pemusnahan kediaman.



Sebilangan besar masyarakat Rohingya yang lama dianiaya itu, telah menghabiskan tempoh bertahun-tahun di kem yang sempit di Rakhine, tanpa kebebasan bergerak atau akses bagi penjagaan kesihatan.



Di seberang sempadan Bangladesh pula, mereka tinggal dalam tempat kediaman sesak dengan masalah makanan dan minuman yang tidak mencukupi.



"Di bawah pemerintahan pemerintah demokratik, kami mempunyai sedikit harapan dapat kembali ke rumah lama kami," kata seorang wanita Rohingya berusia 27 tahun, yang meminta AFP namanya tidak disiarkan, dari sebuah kem berhampiran bandar Sittwe (ibu kota Rakhine).



"Tetapi sekarang (dengan penguasaan pihak tentera) sudah pasti kami tidak akan dapat kembali."



Myanmar dan kumpulan jeneralnya sedang diadili di mahkamah PBB atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai semasa keganasan 2017 di wilayah utara Rakhine.



Ketua tentera Min Aung Hlaing, yang kini mengetuai junta baru negara itu, berulang kali mendakwa tindakan kekerasan itu perlu untuk mengawal pemberontakan di kawasan wilayah itu.



ROHINGYA SOKONG ANTIKUDETA



"Terdapat risiko nyata bahawa (rejim ini) boleh menyebabkan kekerasan baru di Rakhine," kata Encik Tun Khin, presiden kumpulan lobi Pertubuhan Burma Rohingya di Britain.



Tidak lama selepas merampas kuasa di Myanmar, junta tentera berjanji mematuhi rancangan mengambil pelarian Rohingya di Bangladesh - satu rancangan yang telah tertangguh selama bertahun-tahun.



Encik Tun Khim berkata tiada siapa percaya akan janji tentera itu.



Sementara itu, di kawasan sempadan sebelah Bangladesh, masyarakat Rohingya menyebarkan mesej menyokong penunjuk perasaan antikudeta, dengan mereka menunjukkan simbol salam tiga jari yang melambangkan penentangan terhadap pemerintahan tentera.



PBB BIMBANG



Sementara itu, PBB khuatir rampasan kuasa di Myanmar boleh memburukkan lagi nasib Rohingya yang masih berada di negara itu.



PBB pernah menuduh tentera melakukan pembersihan etnik pada 2017, namun dinafikan pihak tentera.



"Terdapat kira-kira 600,000 orang Rohingya yang masih tinggal di wilayah Rakhine, termasuk 120,000 orang yang berada di kem yang sempit dan tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti kesihatan dan pendidikan asas," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.



"Oleh itu, kebimbangan kami adalah kejadian rampasan kuasa itu boleh menjadikan keadaan lebih buruk bagi mereka," katanya.



RANCANGAN PEMINDAHAN



Pada masa sama, semakin ramai orang Rohingya dipindahkan ke pulau di Teluk Bengal.



Ini walaupun terdapat kekhuatiran tentang risiko ribut dan banjir melanda kepulauan itu.



Bangladesh telah memindahkan lebih 7,000 ke Pulau Bhasan Char sejak awal Disember lalu dari kem sempadan berdekatan Myanmar yang menempatkan lebih satu juta pelarian Rohingya yang tinggal di pondok buruk.



Pemerintah Bangladesh telah menolak isu keselamatan di pulau itu, dengan berkata adanya pembangunan prasarana pertahanan banjir dan pusat taufan serta perumahan buat 100,000 orang dan hospital.



Ia juga menambah, terlalu banyak orang di kem pelarian sekarang boleh mendorong kejadian jenayah.



PERLU BANTUAN



Masyarakat Rohingya amat memerlukan bantuan pihak dunia, sedang pihak antarabangsa terus memberi perhatian dan membantah rampasan kuasa pihak tentera Myanmar.



Masyarakat tersebut telah lama disisihkan dan sering dicabul hak asasi manusia mereka.



Sudah tiba masanya bagi Asean dan juga PBB bertindak secara lebih proaktif dan menyeluruh untuk menghuraikan satu isu kemanusiaan besar yang masih melanda rantau Asia Tenggara ini.




MASIH TERUS TERJEJAS



Masyarakat itu sehingga kini masih terkesan oleh tindakan ganas pihak tentera Myanmar pada 2017 yang memusnahkan seluruh kampung mereka sehingga menyebabkan lebih 750,000 orang Rohingya terpaksa melarikan diri ke seberang sempadan ke Bangladesh dengan membawa bersama kisah kejadian rogol dan pembunuhan kejam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >