Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rancangan ekonomi Madani akan diumum Ogos: Anwar

Jun 12, 2023 | 05:39 PM



PETALING JAYA: Naratif ekonomi Madani akan diumumkan pada Ogos oleh Putrajaya sebagai panduan untuk apa yang boleh negara jangkakan daripada matlamat utama Kerajaan Perpaduan bagi bidang ekonomi, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tambahnya, naratif itu juga akan memberikan hala tuju yang jelas kepada setiap kementerian dan agensi dalam melaksanakan rancangan ekonomi Kerajaan Perpaduan.

“Dalam pada itu, dasar yang perlu segera dilaksanakan akan diteruskan tetapi kepentingan naratif ini ialah ia memberi hala tuju yang jelas dan memudahkan kerja kementerian dan agensi terbabit,” kata Datuk Anwar.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan majlis Tindakan Ekonomi Negara di Putrajaya.

Tambahnya, naratif itu adalah rangka kerja rancangan Putrajaya untuk mereformasi ekonomi dan akan merangkumi beberapa tonggak yang akan dijelaskan secara berperingkat.

Beberapa teras dalam kerangka ini termasuk mengembangkan ekonomi hijau, mengutamakan pelaburan tertentu, beralih kepada bentuk penjanaan kuasa yang berbeza dan merasionalisasikan subsidi, kata Datuk Anwar.

“Kita ada cerakinkan beberapa prinsip ekonomi yang kita sentuh secara ringkas dalam buku panduan Madani tetapi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kementerian lain bersama-sama sektor swasta terlibat dalam mesyuarat pihak berkepentingan untuk menggubal beberapa dasar dalam bidang yang saya sebutkan,” katanya.

Matlamat naratif ekonomi termasuk mewujudkan nilai tinggi, ekonomi mampan, meluaskan perlindungan sosial dengan memperkasakan individu dan mereformasi pasaran pekerja, katanya.

Datuk Anwar menambah bahawa kerangka untuk peralihan kepada sumber tenaga yang lebih bersih juga akan diumumkan tidak lama lagi.

Dalam sidang media itu, Perdana Menteri berkali-kali menegaskan bahawa dasar ekonomi pentadbirannya mengutamakan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau berkata ini dapat dilihat dalam pengumuman baru-baru ini untuk memotong subsidi penggunaan elektrik dalam kalangan syarikat besar dan isi rumah kaya, dan subsidi untuk haji bagi umat Islam berpendapatan tinggi.

“Saya tidak faham mengapa sesetengah orang mempersoalkan kami mengenai perkara ini.  Kami tidak akan berkompromi untuk tidak mengurangkan subsidi untuk rakyat.  Tetapi tidak masuk akal untuk meneruskan subsidi elektrik dan haji yang menguntungkan golongan kaya.”

Tambahnya, kajian daripada jawatankuasa penasihat Kementerian Kewangan mendapati sekurang-kurangnya 40 peratus daripada semua subsidi kerajaan dinikmati oleh golongan yang lebih kaya dalam masyarakat Malaysia.

Prinsip ini akan digunakan dalam pengagihan semula subsidi lain seperti diesel dan petrol yang akan diumumkan pada masa yang sesuai, tambah Datuk Anwar. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >