Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rancangan EU tempatkan semula 120,000 pelarian diterima walau ada tentangan

Sep 23, 2015 | 11:27 AM
 Pelarian menunggu di dalam kereta api untuk meninggalkan stesen Tovarnik di Croatia pada 22 September. Lebih 30,000 pelarian , kebanyakkan rakyat Syria, telah memasuki Croatia dari Serbia sejak Selasa minggu lalu, selepas Hungary melarang mereka masuk ke dalam negara itu dengan memasang pasar besi di sempadannya dengan Serbia. Gambar REUTERS
Pelarian menunggu di dalam kereta api untuk meninggalkan stesen Tovarnik di Croatia pada 22 September. Lebih 30,000 pelarian , kebanyakkan rakyat Syria, telah memasuki Croatia dari Serbia sejak Selasa minggu lalu, selepas Hungary melarang mereka masuk ke dalam negara itu dengan memasang pasar besi di sempadannya dengan Serbia. Gambar REUTERS -

BRUSSELS: Menteri dalam negeri Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dengan "majoriti besar" pada 22 September satu rancangan menempatkan semula 120,000 pelarian di negara anggotanya, tetapi selepas mengatasi tentangan sengit daripada negara Eropah Tengah dan Timur.

"Keputusan penempatan semula 120,000 orang diterima hari ini, dengan majoriti besar negara anggota," kata Luxembourg, yang menjadi presiden masa kini EU dalam tweet.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Republik Czech, Encik Milan Chovanec, berkata dalam tweet berasingan: "Kami, Slovakia, Romania, Hungary menentangnya, dan Finland berkecuali. Resolusi itu telah diterima."

Negara yang memihak pada rancangan itu berharap kata sepakat dicapai menjelang sidang puncak penuh 28 pemimpin kumpulan tersebut pada Rabu (23 Sep).

Namun, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengkritik rancangan itu, menyatakan jumlah 120,00 sedikit.

Lebih 430,000 orang telah menyeberang laut berbahaya dan berjalan menuju Eropah tahun ini, mengenakan tekanan ke atas negara di sepanjang laluan pelarian itu, dengan ada daripada mereka telah menutup sempadan mereka, sementara yang lain mengalihkan aliran pelarian ke tempat lain. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg