Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rancangan longgarkan sekatan kembara M'sia-S'pura: Khairy jelaskan sudah temui Ong Ye Kung

Oct 25, 2021 | 05:23 PM



JOHOR BAHRU: Malaysia dan Singapura sedang meninjau kemungkinan melonggarkan sekatan perjalanan sebagai "jiran dekat", jelas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin pada Isnin (25 Oktober).



Dalam ciapan Twitter di akaun rasminya, beliau menjelaskan telah bertemu rakan sejawatannya, Encik Ong Ye Kung, sewaktu singgah ke Lapangan Terbang Changi, sebelum berlepas ke mesyuarat setrantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Jepun.



"Kedua-dua pihak sedang bekerjasama bagi memuktamadkan urusan perjalanan lebih terbuka dan lebih selesa. Kami berharap dapat mengumumkannya tidak lama lagi," jelas Encik Khairy dalam pesanannya.



Pada Sabtu, Singapura mempertingkatkan kedudukan Malaysia kepada Kategori III daripada Kategori IV sebagai sebahagian semakan tetap situasi Covid-19.



Pengunjung dari rantau Kategori III akan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 10 hari mulai Rabu di kediaman atau tempat tinggal yang mereka sahkan lebih awal tanpa mengira status vaksinasi dan sejarah perjalanan pengembara dan anggota isi rumah mereka. Mereka kini perlu memohon bagi berbuat demikian.



Bagaimanapun, mereka harus terus kekal di tempat tinggal berkenaan dan menggunakan alat pemantau elektronik sepanjang tempoh SHN.



Selain Malaysia, Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Amiriah Arab Bersatu dan Vietnam turut disertakan dalam Kategori III.



Dalam satu kenyataan yang membentangkan langkah yang diambil, pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 berkata secara aturan yang ditetapkan, pengunjung dari Kategori III tidak akan ditempatkan di sebarang kemudahan SHN khusus.



"Penduduk yang pulang harus memastikan penginapan alternatif mereka terjamin sebelum mereka kembali ke sini jika rumah mereka tidak sesuai bagi menjalani SHN," katanya lagi. - The Star/Asia News Network



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >