Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangka kerja pakatan Asia Pasifik tanpa Amerika dipersetujui

Nov 11, 2017 | 11:55 AM
dccbf3c0-1342-4ebd-8a06-857d902e4927
-

DANANG: Negara anggota pakatan perdagangan bebas Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) telah mencapai persetujuan umum dalam rundingan bagi memuktamadkan satu perjanjian baru tanpa Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan bersama yang dijadualkan dikeluarkan semalam, 11 negara anggota melahirkan komitmen melaksanakan "dasar asas" perjanjian itu, meskipun akur lebih banyak usaha perlu dilakukan.

Negara anggota TPP berkenaan terdiri daripada Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Kesemua negara bersetuju menggantung sebahagian daripada peraturan perdagangan dan pelaburan yang termasuk dalam permuafakatan 12 negara asal TPP, sehingga Amerika kembali kepada rangka kerja pelbagai hala itu.

Mereka bersetuju melaksanakan akses pasaran asal TPP, termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dalam sektor pertanian dan perindustrian, secara am. Kesemua negara mencapai persetujuan umum itu dalam mesyuarat peringkat menteri yang bermula di Danang pada Rabu lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg