Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rangkaian akhbar Gannett dakwa Google monopoli iklan

Jun 21, 2023 | 05:58 PM



NEW YORK: Gannett, rangkaian akhbar terbesar Amerika Syarikat dan penerbit USA Today, menyaman Google pada Selasa kerana cuba memonopoli pasaran pengiklanan dalam talian – melibatkan iklan teknologi.


Dalam aduan yang difail di mahkamah persekutuan di Manhattan, Gannett, yang mempunyai lebih 200 akhbar harian, berkata kawalan Google ke atas alat membeli dan menjual iklan dalam talian memaksa penerbit iklan untuk menjual lebih banyak ruang iklan murah kepada unit Alphabet Inc tersebut – syarikat konglomerat berbilang negara yang mana Google merupakan anak syarikatnya.

Gannett berkata langkah itu memberikan Google “keuntungan monopoli yang terlalu tinggi” dan “hasil pendapatan menurun secara dramatik” bagi penerbit dan pesaing teknologi iklannya.

“Pengiklanan digital adalah nadi ekonomi dalam talian,” kata ketua eksekutif Gannett, Encik Mike Reed, dalam pendapatnya yang diterbitkan di USA Today.


“Tanpa persaingan bebas dan adil bagi ruang iklan digital, penerbit tidak boleh melabur dalam bilik berita mereka.”

Naib Presiden Google Ads, Encik Dan Taylor, berkata dalam satu kenyataan: “Dakwaan ini tidak benar.”

Beliau menambah bahawa penerbit mempunyai banyak pilihan teknologi pengiklanan dan “menyimpan sebahagian besar hasil pendapatan” apabila mereka menggunakan Google.

Gannett berkata ia mahukan ganti rugi sebenar yang “cukup besar”, punitif dan tiga kali ganda.

Tuntutan itu menambah tekanan undang-undang ke atas Alphabet yang berpangkalan di Mountain View, California, yang sudah pun berada dalam pengawasan ketat pengawal selia di dua benua.

Pada 14 Jun, Kesatuan Eropah (EU) mengemukakan tuntutan yang sama dan berkata Google mungkin perlu menjual beberapa teknologi pengiklanannya.

Lima bulan sebelum itu, Jabatan Kehakiman Amerika membawa kesnya tersendiri terhadap Google, kini disertai oleh 17 negeri di Amerika.

Satu lagi kumpulan negeri yang diketuai Texas turut mengemukakan saman.

Pada 2022, Google menjana AS$224.5 bilion ($302 bilion) hasil pengiklanan, menyumbang hampir 80 peratus daripada keseluruhan hasil pendapatan Alphabet dan pemacu utama keuntungan keseluruhan Alphabet bernilai AS$60 bilion.

Pengiklanan membolehkan Google menawarkan banyak perkhidmatan secara percuma, termasuk e-mel, Android dan sebahagian besar wadah video YouTube-nya.

Hasil iklan suku pertama Google ialah AS$54.5 bilion – tiada perubahan besar berbanding setahun sebelumnya.

Seperti kebanyakan penerbit akhbar, Gannett yang berpangkalan di McLean, Virginia, telah bergelut dengan menyusutnya hasil pendapatan iklan kerana dianggarkan 86 peratus rakyat Amerika kini mendapat berita secara dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >