Rangkaian bekalan global terjejas jika syarikat perkapalan Korea Selatan dibubar

HAMBURG: Korea Selatan berkata Hanjin Shipping Co akan cuba mengemudi kapal-kapalnya ke pelabuhan bagi memunggah kargo sedang pemerintah Korea Selatan cuba membendung gangguan rangkaian bekalan global selepas syarikat itu memfailkan usul bagi pembubarannya di mahkamah.

Saham syarikat itu melonjak semalam selepas agensi berita Yonhap melaporkan bahawa pemerintah Korea Selatan menawarkan pinjaman kepada syarikat tersebut.