Topik diikuti
Pergi ke BHkuRangsangan bagi kumpulan reformis Iran

Feb 29, 2016 | 5:30 AM
Rangsangan bagi kumpulan reformis Iran
TEHERAN: Presiden Iran, Encik Hassan Rouhani, menerima undi keyakinan manakala rakan-rakan reformis meraih kemenangan mengejut di Parlimen dalam keputusan pilihan raya awal yang dijangka mempercepatkan kebangkitan negara itu selepas dipinggirkan selama bertahun-tahun lamanya.
Berdasarkan keputusan awal yang dikeluarkan Kementerian Dalaman semalam, calon disokong pihak reformis berada di laluan yang tepat untuk memenangi kesemua 30 kerusi parlimen di Teheran.