Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rapper Malaysia ditangkap berkaitan video muzik controversial

Aug 22, 2016 | 09:47 AM



PETALING JAYA: Rapper kontroversial Malaysia, Namewee, ditangkap di Lapangan Terbang Kuala Lumpur selepas beliau iba pada 3.30 petang dari luar negara pada Ahad (21 Ogos).



Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, berkata rapper itu, yang nama sebenarnya Wee Meng Chee, akan dibawa ke Pulau Pinang bagi siasatan lanjut.



Beliau akan muncul di mahkamah pada Isnin untuk ditahan reman.



Pada Sabtu, Namewee, 33 tahun, memuat naik video muzik rasmi lagu barunya, Oh My God!, di saluran YouTube beliau.



Penyanyi itu juga menyiarkan di Facebook dalam campuran bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu: "OH MY GOD ia sudah datang. Mengucapkan kepada semua orang selamat menyambut pesta hantu lapar. PDRM sila lihat video muzik baru Namewee!"



PDRM ialah singkatan Polis Diraja Malaysia.



Awal bulan ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Pesuruhjaya Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata tangkapan Namewee akan memudahkan siasatan mengenai laporan yang dibuat terhadapnya berhubung video itu, yang antara lain mempunyai masjid terapung Pulau Pinang di Tanjung Bungah sebagai latar belakang.



Mendakwa Namewee menghina Islam dalam video terbarunya itu, 20 pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap beliau, yang tidak asing dengan kontroversi disebabkan beberapa video provokatif.



Klip muzik empat minit itu, diarah dan dihasilkan oleh Namewee, memapar sebuah band Taiwan, Nine-One-One, dan dirakam di tempat-tempat ibadat di Pulau Pinang.



Dalam sebuah video berasingan, Namewee berkata beliau menghasilkan video muzik itu dengan tujuan menggalak keharmonian agama. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >