Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rasuah: Bekas menteri pertanian dipenjara 10 tahun

Jul 12, 2024 | 3:31 PM
Bekas menteri pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo (tengah), yang dikawal oleh pegawai mahkamah di Jakarta pada 11 Julai, juga didenda 300 juta rupiah ($25,000) dan diperintahkan membayar sekitar 14.6 bilion rupiah sebagai pampasan.
Bekas menteri pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo (tengah), yang dikawal oleh pegawai mahkamah di Jakarta pada 11 Julai, juga didenda 300 juta rupiah ($25,000) dan diperintahkan membayar sekitar 14.6 bilion rupiah sebagai pampasan. - Foto EPA-EFE

JAKARTA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas menteri pertanian, Syahrul Yasin Limpo, atas tuduhan rasuah, membabitkan perjalanan menaiki pesawat peribadi dan barang kemas untuk isterinya.

Pendakwa raya berkata Syahrul memeras ugut lebih 44 bilion rupiah ($3.7 juta) daripada pegawai di Kementerian Pertanian untuk membayar perbelanjaan peribadinya.

Syahrul juga didenda 300 juta rupiah dan diperintahkan membayar sekitar 14.6 bilion rupiah sebagai pampasan, kata Ketua Hakim, Encik Rianto Adam Pontoh, lapor saluran berita KompasTV.

Ketua Hakim menyatakan bahawa jumlah itu mencerminkan faedah kewangan yang diperoleh Syahrul, 69 tahun, daripada menyalah guna kuasa dengan memaksa rasuah dan memenuhi keperluan keluarganya, ketika mengumumkan keputusan itu pada 11 Julai.

Beliau juga menekankan faktor yang memburukkan keputusan itu, termasuk Syahrul mengelak dalam memberi keterangan, kegagalan memenuhi standard yang diharapkan sebagai pegawai kerajaan dan keuntungan kewangan keluarganya daripada rasuah.

“Faktor mitigasi yang dipertimbangkan termasuk umur Syahrul, sumbangan semasa krisis makanan seperti pandemik Covid-19, anugerah atas kerjanya dan kelakuan hormat semasa perbicaraan,’’ katanya.

Imej televisyen selepas keputusan itu menunjukkan Syahrul bercakap kepada pemberita. Dia menafikan salah laku walaupun dia berkata dia menghormati keputusan mahkamah, sambil menambah keputusan itu adalah “akibat daripada kerja saya”.

Peguam Syahrul, Encik Djamaludin Koedoeboen, tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberi komen. Dua defendan lain dalam kes itu – bekas pegawai kanan di Kementerian Pertanian – dijatuhi hukuman penjara empat tahun setiap seorang.

Syahrul adalah menteri keenam dalam Kabinet Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang menghadapi tuduhan rasuah.

Terdahulu dalam 2024, seorang bekas menteri komunikasi dijatuhi hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan rasuah.

Menteri hal ehwal sosial dan perikanan Encik Widodo pula dipenjarakan pada 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg