Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rasuah: Bekas pengerusi Tabung Haji ditahan reman

Sep 27, 2018 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Bekas pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dan abang serta seorang sepupunya ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan kontrak Tabung Haji.



Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman dari semalam hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan SPRM di bawah akta suruhanjaya tersebut serta Akta Antipencegahan Pengubahan Wang Haram, Antipembiayaan Pengganasan dan Hasil Kegiatan Haram.



Tiga orang itu tiba di kompleks memakai kemeja-T lokap dengan diapit beberapa pegawai SPRM. Setiba di kompleks mahkamah, mereka disambut oleh sekumpulan penyokong dan ahli keluarga yang berteriak 'Hidup Azeez Baling!' dan 'Allahuakbar!'.



Datuk Abdul Azeez dan abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim, tidak cuba menyembunyikan wajah mereka dan tersenyum kepada puluhan penyokong mereka itu.



Bagaimanapun, sepupu mereka melindungi wajahnya daripada jurugambar.



Datuk Azeez, 52 tahun, yang juga anggota Parlimen Baling dan anggota majlis tertinggi Umno, ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada 11.15 pagi kelmarin selepas memberi kenyataan kepada suruhanjaya itu.



Abangnya seorang pengarah syarikat, dibawa di lokasi yang tidak didedahkan di Sungai Buloh sekitar waktu yang sama kelmarin.



Sepupunya pula, juga seorang pengarah syarikat, dijemput pada petang itu ke pejabat SPRM.



Dilaporkan bahawa mereka ditahan bagi membantu siasatan bahawa mereka menerima rasuah daripada kontraktor projek berjumlah berjuta-juta ringgit.



SPRM menyerbu rumah Datuk Azeez di Subang dan Baling serta pejabatnya di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, pada 23 Mei, dan merampas wang tunai RM500,000 ($164,850), 20 jam tangan berjenama, beberapa barang kemas dan beberapa wang tunai dalam mata wang asing.



Datuk Azeez berkata sebahagian daripada wang RM500,000 ($164,850) yang disita SPRM ialah bagi membiayai misi ke Gaza, Palestin, yang dirancangnya selepas pilihan raya umum pada 9 Mei.



Sebahagian lagi ialah bagi Umno bahagian Baling untuk diberi kepada penduduk bagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri.



Menurutnya, jam tangan berjenama itu ialah palsu, sementara wang tunai dalam mata wang asing itu ialah daripada Kelab Putera 1Malaysia (KP1M). - NST, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >