Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Rasuah: Pemimpin politik beri sokongan pada kenyataan Sultan Perak

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dari pelbagai parti melahirkan sokongan mereka terhadap seruan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, agar pemimpin tidak mengulangi kesilapan pentadbiran terdahulu, terutama berkaitan rasuah.



Mereka percaya seruan sultan itu adalah tepat pada masanya dan harus ditujukan bukan sahaja kepada pemimpin politik, bahkan semua rakyat Malaysia.



Ahli jawatankuasa kerja Majlis Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi, berkata tidak perlu ada kompromi untuk menghapuskan bukan sahaja rasuah, bahkan amalan negatif lain.



"Kita juga perlu menangani penyalahgunaan kuasa, campur tangan politik dalam sistem keadilan dan pendakwaan terpilih terhadap musuh politik.



"Amalan pemimpin terdahulu yang cuba memenjarakan seteru politik dan membebaskan pesalah juga mesti dihentikan," katanya, lapor New Straits Times.



Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata seruan Sultan Nazrin itu harus diambil kira semua pihak, bukan sahaja pemimpin politik.



Beliau berharap agar sultan lain turut mengulangi sentimen tersebut.



Dr Faiz berkata rasuah merugikan negara dalam jangka panjang.



"Rasuah mengancam kedaulatan negara, membenarkan pendatang tanpa izin, dadah dan senjata api memasuki negara kita melalui rasuah. Inilah cara masyarakat dimusnahkan," katanya.



Dr Faiz turut menyeru masyarakat supaya berhenti memuliakan orang kaya kerana ia akan mendorong mereka untuk menggunakan apa sahaja cara untuk menjadi lebih kaya, termasuk cara yang salah.



"Saya fikir masyarakat kita harus adil, kita harus menghormati seseorang kerana nilai yang dipegangnya, prinsip hidupnya dan perkara baik yang dilakukannya," katanya.



Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata hak rakyat bagi menikmati pembangunan dan perkhidmatan merentasi semua sektor akan dicabuli rasuah, yang turut menjejas keupayaan sektor awam untuk bertindak demi kepentingan rakyat.



Beliau berkata pemimpin mesti memastikan mereka melaksanakan tugas mereka sebagai wakil dan pembela rakyat.



"Semua pemimpin tidak boleh mengecewakan rakyat dengan tidak terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.



"Pemimpin mesti memastikan mereka melaksanakan tugas mereka sebagai pembela rakyat.



"Isu seperti kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan dan pendidikan, dan perkhidmatan kesihatan adalah antara paling besar dihadapi oleh rakyat, dan mereka mesti berusaha menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.



Mantan menteri Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata memulihkan tanggapan bahawa kerajaan serius memerangi rasuah harus menjadi perkara paling penting.



"Hakikatnya, ini bukan kali pertama Sultan Nazrin berkata sedemikian.



"Dari masa ke masa, peringatan seperti itu telah diberikan, tetapi sejak kerajaan baru masuk, beliau mungkin mengharapkan mereka mengamalkan apa yang mereka kempenkan," katanya.



Penganalisis politik berkata nasihat Sultan Nazrin mesti diambil sebagai peringatan tegas kepada kerajaan baru untuk berusaha serius dalam membasmi rasuah.



Felo kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan, berkata walaupun nasihat itu kelihatan ditujukan kepada ahli politik, ia boleh digunakan kepada orang awam, yang berperanan sebagai pemerhati pentadbiran.



"Ucapan beliau khususnya menekankan bahawa pemimpin rasuah tidak akan diterima dan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah contoh jelas.



"Sultan menyuarakan apa yang ditunjukkan rakyat dalam pilihan raya, hasrat mereka adalah untuk mempunyai kerajaan bersih.



"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap bercakap tentang menghapuskan rasuah dan tindakan telah diambil dengan tiada lagi prosedur tender langsung atau tertutup.



"Ini baik dan selaras dengan peringatan sultan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >