Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Rasuah: Tengku Adnan dihukum penjara setahun, denda RM2 juta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Rasuah: Tengku Adnan dihukum penjara setahun, denda RM2 juta

Dec 22, 2020 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Ketua Bendahari Umno, parti terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional Malaysia, dijatuhkan hukuman penjara setahun selepas disabit bersalah atas tuduhan menerima rasuah oleh Mahkamah Tinggi Malaysia semalam.

Tengku Adnan Tengku Mansor, 70 tahun, didapati bersalah menerima RM2 juta ($660,000) daripada seorang ahli perniagaan tempatan pada 2016 ketika Tengku Adnan dilantik menteri wilayah persekutuan.

Beliau juga didenda RM2 juta bagi kesalahan itu, lapor The Straits Times.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman penjara dan denda itu ditangguh sehingga menunggu rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan semalam berkata bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes "melampaui keraguan munasabah" sementara menepis tuduhan Tengku Adnan mengenai pendakwaan politik dalam kes tersebut.

Keputusan itu dibuat hanya dua minggu selepas Tengku Adnan, yang merupakan Anggota Parlimen Putrajaya, dibebaskan daripada satu lagi perbicaraan rasuah oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan berasingan yang melibatkan penerimaan RM1 juta daripada seorang lagi ahli perniagaan.

Bekas menteri Kabinet itu adalah ketua berprofil tinggi kedua Umno yang disabit kesalahan menerima rasuah dalam beberapa bulan ini, berikutan sabitan bekas perdana menteri Najib Tun Razak atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta, dan kini dibebas dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sabitan Tengku Adnan timbul sehari selepas menganjurkan majlis resepsi perkahwinan pandu lalu besar-besaran untuk anak lelakinya di depan bangunan Mahkamah Wilayah di ibu kota pentadbiran Putrajaya.

Majlis resepsi perkahwinan bertepatan dengan ulang tahun ke-70 Tengku Adnan.

Ahli politik veteran itu kini perlu membawa rayuannya kepada mahkamah tinggi di Putrajaya.

Pihak pembela Tengku Adnan mengatakan bahawa RM2 juta adalah sumbangan politik kepadanya sebagai bendahari Umno, untuk digunakan bagi kempen pilihan raya kecil di Selangor dan Perak pada 2016.

Namun, Hakim Mohamed Zaini berkata beliau tidak menerima hujah itu, terutama setelah resit yang dikemukakan oleh pihak pembela atas sumbangan tersebut ditulis pada 2018, sedangkan kesalahan berlaku pada 2016.

Dalam keterangan saksinya, mantan menteri itu juga menyifatkan wang RM2 juta itu sebagai "wang saku" kepadanya.

Sepanjang perbicaraan, aset Tengku Adnan turut didedahkan berjumlah RM782.75 juta pada 2016.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3