Ratu Elizabeth setuju Putera Harry dan Meghan undur diri daripada peranan raja kanan
Premium
Ratu Elizabeth setuju Putera Harry dan Meghan undur diri daripada peranan raja kanan
Jan 15, 2020 | 5:30 AM
PERANAN BARU: Putera Harry dan Meghan, kelihatan bersama anak mereka Archie , mahu peranan baru yang "progresif" dan kebebasan kewangan. - Foto REUTERS -
SANDRINGHAM (ENGLAND): Ratu Elizabeth dengan berat hati akur akan keinginan cucunya, Putera Harry, dan isteri beliau, Meghan Markle, mempunyai masa depan yang lebih berdikari, selepas keluarga diraja Britain itu mengadakan perbincangan krisis kelmarin bagi menyelesaikan perselisihan yang semakin melebar dalam keluarga Windsor.
Putera Harry dan isterinya, seorang pelakon Amerika Syarikat, kini akan memulakan "tempoh peralihan" yang akan melihat mereka membahagikan masa antara Britain dan Canada, sedang mereka juga mencari gaya hidup yang kurang dibebani tanggungjawab diraja dan menamatkan pergantungan mereka pada pembiayaan awam.

