Topik diikuti
Pergi ke BHkuRatusan bangunan di daerah lampu merah diroboh

BANGUNAN DIROBOH: Anggota polis berdiri berjaga-jaga ketika bangunan di daerah lampu merah di Kalijodo, Jakarta, dirobohkan semalam. - Foto REUTERS
Mar 1, 2016 | 5:30 AM
Ratusan bangunan di daerah lampu merah diroboh
JAKARTA: Jentolak mula merobohkan beratus-ratus bangunan di daerah lampu merah di Jakarta semalam dalam sebahagian usaha Indonesia membasmi pelacuran di negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam di dunia itu.
Daerah Kalijodo, Jakarta, yang menempatkan beribu-ribu pekerja seks, merupakan daerah terbaru daripada sekitar 70 daerah lampu merah yang ditutup di Indonesia.