Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan orang awam, pejuang propemerintah Syria maut

Feb 10, 2018 | 05:30 AM



JISREEN: Serangan ganas empat hari tentera pemerintah Syria di wilayah Ghouta Timur yang dikuasai pemberontak membunuh lebih 200 orang awam, kata sebuah badan pengamat perang kelmarin.



Tentera pemerintah Syria melancarkan kempen udara intensif di Ghouta Timur, satu-satunya daerah kumpulan pembangkang yang penting berhampiran ibu kota Damsyik, sejak Isnin lalu.



Sementara itu, tentera perikatan pimpinan Amerika Syarikat berkata kelmarin ia membunuh sekurang-kurangnya 100 pejuang prorejim Presiden Bashar al-Assad untuk menangkis serangan terhadap sekutunya di Syria timur, dalam satu konfrontasi paling dahsyat dengan pasukan sokongan Damsyik.



Serangan awal dilakukan oleh pasukan setia kepada Presiden al-Assad ke atas kemudahan minyak dan gas utama di wilayah Deir Ezzor, yang dikuasai pasukan Kurdi yang disokong Amerika.



Pertempuran itu berlaku ditengah- tengah peningkatan ketegangan antara Washington dan Damsyik mengenai peningkatan dalam penggunaan senjata kimia yang disuspek dilakukan oleh rejim dan militia bersekutu Syria.



Badan Pengamat bagi Hak Asasi di Syria yang berpangkalan di Britain berkata serangan udara tentera pemerintah di Ghouta Timur kelmarin saja membunuh 58 orang awam, termasuk 15 kanak-kanak.



Serangan paling dahsyat ialah di sebuah pasar di bandar Erbin, yang membunuh 21 orang awam, termasuk sembilan kanak-kanak.



"Ini empat hari terburuk yang pernah dilakukan terhadap Ghouta Timur," kata Dr Hamza, yang teruk merawat mangsa yang cedera di sebuah klinik di Erbin. Beliau menggambarkan melihat kanak-kanak terperanjat teruk dan dibawa ke klinik itu, duduk diam walaupun mereka cedera parah.



"Sebagai seorang doktor, perkara paling sukar yang anda boleh lakukan ialah merawat orang yang anda sayangi, rakan sekerja anda, jiran tetangga anda, saudara-mara anda," kata Dr Hamza, sambil menangis.



Ghouta Timur, yang terletak di timur Damsyik, dikuasai pemberontak dan kumpulan tegar Islam. Dianggarkan 400,000 penduduknya hidup di bawah pengepungan yang dikenakan pemerintah, membuat makanan dan ubat-ubatan hampir mustahil didapatkan.



Mengenai serangan tentera perikatan pimpinan Amerika di Deir Ezzor, Pusat Perintah Amerika (CENTCOM) berkata tentera perikatan melakukan serangan bagi "menangkis tindakan pencerobohan" terhadap pasukannya dan Angkatan Demokrat Syria (SDF) pimpinan pihak Kurdi yang menjadi hos mereka.



"Kami menganggarkan lebih 100 pasukan prorejim Syria terbunuh ketika terlibat dalam pertempuran dengan SDF dan pasukan perikatan," kata seorang pegawai tentera Amerika dengan syarat namanya disiarkan.



Namun, badan pengamat hak asasi itu mengesahkan hanya 45 anggota pasukan prorejim terkorban. Ketua badan pemantau itu, Encik Rami Abdel Rahman, mengatakan serangan tersebut kelihatan bertujuan menawan sebuah medan minyak penting dan sebuah loji gas utama di kawasan yang dikuasai SDF.



Medan minyak Omar, antara terbesar di Syria, mempunyai pengeluaran praperang 30,000 tong sehari, manakala loji gas Conoco mempunyai kapasiti praperang 13 juta meter padu sehari.



Media negara Syria mengesahkan berpuluh-puluh terbunuh dalam pertempuran itu tetapi kelihatan menafikan korban ialah askar pemerintah, menggambarkan mereka sebagai "anggota angkatan popular".



Menurut badan pengamat itu, pasukan yang melancarkan serangan ke atas kedudukan SDF ialah pejuang puak tempatan yang setia kepada Presiden al-Assad dan militia Syiah Afghanistan yang berjuang bersama rejim itu.



Sementara itu, dua pejuang kumpulan militan ISIS asal British yang menjadi anggota sel penculikan yang digelar 'The Beatles' dan terkenal dengan video pemenggalan kepala telah ditangkap di Syria, seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kelmarin.



Alexanda Amon Kotey dan El Shafee el-Sheikh, yang ditangkap bulan lalu oleh SDF, dipercayai "mengambil bahagian dalam penahanan, eksploitasi dan pembunuhan tahanan Barat", kata pegawai itu dalam satu kenyataan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >