Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Ratusan penerbitan media daftar rai Hari Berita Sedunia 28 Sep

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ratusan penerbitan media daftar rai Hari Berita Sedunia 28 Sep

Sep 23, 2021 | 05:30 AM

RATUSAN penerbitan media di serata dunia telah mendaftar untuk meraikan Hari Berita Sedunia pada 28 September ini.

Kempen tahun ini akan memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan berusaha untuk memperkukuh liputan krisis iklim berdasarkan fakta di seluruh dunia.

Kempen itu juga akan menarik perhatian terhadap peranan penting bidang kewartawanan dalam memberikan maklumat yang boleh dipercayai mengenai masa depan bumi ini.

Ini sedang tahun 2021 telah diisytiharkan sebagai tahun terpanas dalam rekod, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan mengenai kesan daripada pemanasan global.

Lebih 460 pertubuhan berita terlibat dalam kempen tahun ini, lapor The Straits Times (ST).

Presiden Forum Editor Sedunia (WEF), Encik Warren Fernandez, yang juga ketua editor ST, berkata: "Wartawan telah berada di barisan depan untuk membuat liputan tentang pandemik, membantu masyarakat dan penonton untuk terus menerima maklumat dan kekal selamat.

"Kita sekarang perlu mengalihkan perhatian kepada satu lagi cabaran besar yang dihadapi dunia kita - krisis iklim - dan menunjukkan bagaimana kewartawanan dapat mencetus perubahan untuk menyelamatkan planet kita.

"Hari Berita Sedunia ialah kesempatan untuk memaparkan usaha di belakang tabir dan menunjukkan bagaimana keperluan masyarakat dipenuhi apabila wartawan melakukan pekerjaan mereka."

Pengasas World News Day dan ketua editor The Globe and Mail di Canada, Encik David Walmsley, berkata: "Cabaran yang dihadapi planet kita memerlukan perhatian kita semua dan melalui penyertaan anda, kita dapat meningkatkan kewartawanan dan memupuk kesedaran tentang betapa penting dan relevan isu ini untuk membantu kita semua."

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, memberi amaran minggu lalu bahawa kegagalan untuk mengurangkan pengeluaran gas global meletakkan dunia dalam situasi berbahaya menuju ke arah peningkatan suhu 2.7 darjah Celsius.

Ini melebihi sasaran suhu yang ditetapkan oleh perjanjian iklim PBB di Paris, yang menyeru usaha dilakukan di seluruh dunia untuk memastikan kenaikan suhu kekal di bawah 2 darjah Celsius atau di bawah 1.5 darjah Celsius berbanding sebelum revolusi industri.

Kegagalan untuk memenuhi sasaran ini akan "diukur dari segi kehilangan banyak nyawa dan mata pencarian", kata Encik Guterres.

Analisis PBB, yang dikeluarkan minggu lalu, menunjukkan kemungkinan terdapat peningkatan 16 peratus dalam pelepasan global pada 2030 dibandingkan dengan 2010, berdasarkan janji semasa yang dibuat oleh berbagai negara. Para saintis telah mengesyorkan pengurangan pengeluaran gas global sebanyak 45 peratus pada 2030, untuk mengelakkan kesan buruk daripada perubahan iklim.

Tahun ini akan menjadi Hari Berita Sedunia keempat. Selama bertahun-tahun, kempen ini semakin mendapat perhatian daripada bilik berita seluruh dunia.

Pengarah eksekutif Forum Editor Sedunia, Cik Cherilyn Ireton, berkata: "Planet kita yang semakin panas ini akan menjadi kisah yang berterusan dan penting untuk bilik berita. Kewartawanan yang kritis, berdasarkan fakta dan penceritaan yang hebat akan mempengaruhi bagaimana masyarakat terlibat dalam isu perubahan iklim.

"Itulah sebabnya pada 28 September kami akan mengongsi kandungan dari seluruh pelosok dunia dengan harapan dapat merangsang kewartawanan yang lebih baik demi manfaat kita semua."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3