Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ratusan penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Shanghai

Nov 29, 2022 | 5:30 AM
BANTAHAN RAKYAT: Orang ramai membantah tindakan pemerintah China lakukan kawalan terlampau ketat bagi mengekang penularan Covid-19. - Foto REUTERS
BANTAHAN RAKYAT: Orang ramai membantah tindakan pemerintah China lakukan kawalan terlampau ketat bagi mengekang penularan Covid-19. - Foto REUTERS -

SHANGHAI/BEIJING: Ratusan penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis di Shanghai malam kelmarin sedang bantahan terhadap sekatan ketat China dalam mengekang penularan jangkitan Covid-19 meningkat empat hari berturut-turut.

Memburukkan keadaan, bantahan merebak ke beberapa bandar selepas berlaku kebakaran di sebuah bangunan perumahan di Xinjing, barat negara itu.

Gelombang bantahan besar-besaran yang jarang dilihat berlaku di tanah besar China sejak Presiden Xi Jinping memimpin negara itu sejak sedekad lalu, menggambarkan rasa tidak puas hati ramai terhadap sikap pemerintah itu yang mengekalkan pendirian sifar Covid-19 sejak tiga tahun pandemik berlaku.

Kes Covid-19 di China terus meningkat hujung minggu lalu, selepas hampir naik seganda, dengan bantahan berleluasa di jalanan.

Beijing melaporkan 3,860 kes jangkitan baru pada Ahad lalu, berbanding 4,245 kes sehari sebelumnya.

Jumlah kes meningkat dari hanya 400 kes dua minggu lalu kepada 2,576 pada Jumaat lepas.

Pada masa sama, ratusan pelajar dari Universiti Tsinghua di Beijing mengambil bahagian dalam protes terhadap sekatan Covid-19 kelmarin, seorang saksi memberitahu agensi berita AFP.

Bantahan di Tsinghua itu berlaku berikutan demonstrasi semalaman di Universiti Peking yang berdekatan, dan video telah tersebar di media sosial mengenai perhimpunan serupa di bandar raya China yang lain.

Seorang pelajar Tsinghua memberitahu AFP: "Pada 11:30 pagi pelajar mula memegang papan tanda di pintu masuk kantin, kemudian semakin ramai orang menyertainya. Kini terdapat 200 hingga 300 orang."

Saksi itu berkata seorang pelajar perempuan mengangkat sehelai kertas kosong - satu tindakan yang telah menjadi simbolik bantahan terhadap penapisan - dan disertai oleh wanita lain yang melakukan perkara sama.

"Kami menyanyikan lagu kebangsaan dan Internationale, dan melaungkan 'kebebasan akan diutamakan', 'tiada ujian asid nukleik, kami mahu makanan', 'tidak untuk penutupan, kami mahu kebebasan'," kata mereka.

Mereka berkongsi gambar dengan AFP yang menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di halaman luar kantin Zijingyuan di Tsinghua, dengan beberapa orang memegang helaian kertas. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg