Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rayuan Datin Seri Rosmah didengar 5 Okt ini

Sep 09, 2022 | 07:05 PM



PUTRAJAYA: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion ($389.90 juta) untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Oktober depan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) hari ini. (9 Sep)



Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, menurut akhbar itu yang memetik laporan agensi berita Bernama.



Pengurusan kes akan didengar di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.



Pada 1 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta (S$303 juta) ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.



Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.



Bagaimanapun, beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana hakim mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.



Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.



Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >