Topik diikuti
Pergi ke BHkuRekod jumlah pengundi pilih wakil majlis daerah Hong Kong
Pemilihan anggota majlis daerah kali ini dilihat sebagai kayu ukur populariti pemerintah pimpinan Carrie Lam
Nov 25, 2019 | 5:30 AM
Rekod jumlah pengundi pilih wakil majlis daerah Hong Kong
HONG KONG: Hong Kong mencatatkan jumlah pengundi yang besar dalam pilihan raya untuk memilih anggota majlis daerah yang juga dilihat sebagai kayu ukur populariti pemerintah dan pemimpin wilayah itu, Ketua Eksekutif Carrie Lam.
Data pemerintah menunjukkan lebih 2.1 juta orang telah membuang undi pada 4.30 petang semalam atau sebanyak 52 peratus, menurut pejabat pendaftaran dan pemilihan.