Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja Afghan kawan penyerang Munich ditangkap

Jul 25, 2016 | 12:25 PM
Orang ramai memperingati mangsa serangan Munich di luar pusat beli-belah Olympia Ahad (24 Julai).
Orang ramai memperingati mangsa serangan Munich di luar pusat beli-belah Olympia Ahad (24 Julai). - REUTERS

BERLIN: Polis Jerman menangkap seorang remaja Afghan berusia 16 tahun pada Ahad (24 Jul) kerana disyaki ada kaitan dengan pembunuhan sembilan orang oleh seorang remaja 18 tahun di Munich JUmaat lalu, kata pihak berkuasa.

Remaja itu sedang disiasat kerana mungkin tahun tetapi tidak melaporkan rancangan remaja bersenjata itu dan mungkin memainkan peranan dalam satu pos Facebook yang menjemput orang ramai ke sebuah pertemuan dekat stesen kereta api Munich, kata satu kenyataan polis.

"Kami mengesyaki remaja berumur 16 tahun berkenaan mungkin tahun mengenai perbuatan itu," kata polis.

Dalam kejadian tembakan Jumaat lalu itu, seorang remaja keturunan Jerman-Iran, David Ali Sonboly, membunuh diri selepas membak ke arah orang ramai.

Penangkapan itu adalah yang pertama dalam siasatan kejadian tersebut.

Remaja 16 tahun itu "menyerahkan diri kepada polis sejurus selepas pembunuhan tersebut dan disoal mengenai hubungannya dengan pelaku", kata polis.

Para pegawai mendapat ada "percanggahan dalam kenyataannya" dan dia kini ditahan kerana menyembunyikan maklumat mengenai jenayah itu.

Selepas pembunuhan Jumaat itu, terdedah bahawa Sonboly membuka akaun Facebook palsu pada Mei, mencuri profil pengguna sebenar dan menjemput orang ramai datang ke sebuah restoran McDonald.

Tidak ada bukti, bagaimanapun, bahawa ada kalangan orang yang berinteraksi dengan Sonboly melalui akaun palsu itu respons kepada jemputan tersebut, di mana dia menawarkan makanan dan minuman. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg