Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja AS bebas semua pertuduhan insiden tembakan

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



KENOSHA: Seorang remaja Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menembak mati dua penunjuk perasaan dalam rusuhan membantah kekejaman polis di Wisconsin tahun lalu, dibebaskan daripada semua pertuduhan, semalam.



Selepas melalui perbicaraan berprofil tinggi itu, juri mendapati Kyle Rittenhouse, 18 tahun, tidak bersalah atas pertuduhan termasuk membunuh dengan niat dan bertindak secara sembarangan dalam insiden tembakan pada Ogos 2020 di Kenosha, Wisconsin.



Rittenhouse yang mendakwa dirinya bertindak bagi mempertahankan diri, dilihat menangis teresak-esak sejurus keputusan dibacakan serta terduduk di kerusi sebelum memeluk peguamnya dan bergegas keluar dari kamar perbicaraan.



Presiden AS, Encik Joe Biden, kemudian meminta orang ramai agar bertenang dan mengelak daripada tercetus sebarang keganasan susulan keputusan mahkamah itu.



"Meskipun keputusan mahkamah di Kenosha itu akan menyebabkan ramai rakyat negara ini berasa marah dan bimbang, termasuk diri saya, kita mesti menerima bahawa juri sudah membuat keputusan.



"Saya menggesa semua pihak agar memberi pandangan secara aman, selaras kedaulatan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.



Sejurus keputusan diumumkan, penyokong Rittenhouse dilihat bersorak di luar bangunan mahkamah, manakala terdapat beberapa pihak lain pula melaungkan bantahan.



Dalam perbicaraan selama dua minggu itu, Rittenhouse memberi keterangan bahawa dia menembak mati dua lelaki dan mencederakan seorang lagi dengan menggunakan senapang separuh automatik AR-15 selepas diserang.



Namun, pendakwa raya menolak dakwaan tertuduh mempertahankan diri, sebaliknya menyatakan bahawa Rittenhouse yang berusia 17 tahun ketika itu 'melakukan provokasi' dalam kejadian berkenaan.



Rittenhouse dihadapkan dengan lima pertuduhan - masing-masing satu pertuduhan membunuh dengan niat, membunuh secara melulu dan cubaan membunuh dengan niat, serta dua pertuduhan membahayakan keselamatan secara sembarangan.



Dia boleh dihukum mandatori penjara seumur hidup atas pertuduhan membunuh dengan niat, jika sabit kesalahan.



Juri mengadakan perbincangan selama 26 jam sepanjang tempoh empat hari, sebelum membuat keputusan sebulat suara bahawa Rittenhouse tidak bersalah atas semua pertuduhan.



Pergolakan awam tercetus di Kenosha pada Ogos 2020 selepas seorang anggota polis berkulit putih didakwa menembak beberapa kali di bahagian belakang lelaki kulit hitam, Jacob Blake, ketika melakukan tangkapan sehingga menyebabkannya lumpuh.



Menurut pendakwa raya, Rittenhouse yang tinggal di negeri jiran Illinois, bertindak pergi ke Kenosha dengan menganggap dirinya sebagai 'polis junior' dan 'membuat sejumlah keputusan dan tindakan secara sembarangan - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >