Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja Britain sedar dari koma selepas setahun, tanpa ketahui wujud pandemik Covid-19

Feb 08, 2021 | 05:29 PM



NOTTINGHAM, ENGLAND: Seorang belia Britain secara beransur-ansur mula sedar daripada koma yang diharunginya setahun setelah dilanggar kereta.



Sayangnya, beliau langsung tidak tahu wujud wabak koronavirus kini meskipun diserang virus itu dua kali.



Joseph Flavill, 19 tahun, mengalami kecederaan otak traumatik setelah dilanggar kereta di kota Burton-on-Trent pada 1 Mac tahun lalu, sekitar tiga minggu sebelum perintah berkurung pertama di Britain dikenakan bagi mengelak merebaknya jangkitan virus itu.



Pada waktu itu, keluarganya tidak dapat mendekatinya atau memegang tangannya kerana sekatan perintah jarak selamat dek Covid-19. Kebanyakan masa, mereka berkomunikasi dengannya menerusi pautan video.



"Hanya baru-baru ini, Joseph menunjukkan tanda-tanda kecil pulih daripada koma, sesuatu yang menggembirakan kami...Kami tahu beliau kini boleh mendengar suara kami sebab beliau memberi respons pada beberapa kata-kata kami.



"Apabila kami memberitahunya, 'Joseph, kami tidak boleh bersama kamu, tetapi kamu selamat, keadaan ini bukan buat selama-lamanya', beliau memahami, beliau mendengar, cuma tidak mampu bersuara," jelas ibu saudaranya, Cik Sally Flavill kepada agensi berita Reuters.



Menurut Cik Flavill lagi, anak saudaranya itu akan memberi isyarat menjawab "ya" dengan mengerdipkan matanya sekali dan "tidak" dengan memberi dua kerdipan.



Sejak kemalangan Joseph, Britain melaporkan sekitar empat juta kes Covid-19 termasuk lebih 110,000 kematian dalam pandemik yang membuatkan seisi dunia huru-hara, menutup sekolah, universiti, kedai dan banyak lagi tempat awam. 



"Saya tidak tahu bagaimana Joseph dapat memahami cerita kami tentang perintah berkurung ini," jelas Cik Flavill sambil menambah anak saudaranya itu masih sakit dan berdepan dengan "perjalanan sangat panjang" sebelum menjalani kehidupan seperti biasa.



Sebelum ini, Joseph adalah olahragawan yang aktif. Beliau kini menjalani rawatan di pusat jagaan di Stoke-on-Trent, di kawasan pertengahan England. Keluarganya pula menggerakkan kempen mengumpul dana bagi menyokong pemulihan jangka panjangnya. - REUTERS



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >