Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja dalam serangan di gereja Medan 'kemaruk' dengan ketua ISIS

Aug 29, 2016 | 3:21 PM
Polis Indonesia mengawal selepas seorang remaja cuba menyerang Gereja Katolik St Joseph di Medan, pada 28 Ogos 2016.
Polis Indonesia mengawal selepas seorang remaja cuba menyerang Gereja Katolik St Joseph di Medan, pada 28 Ogos 2016. - GAMBAR EPA

JAKARTA: Remaja Indonesia yang cuba menyerang dengan pisau seorang paderi di sebuah gereja semasa upacara sembahyang di Medan pada Ahad (28 Ogos) "kemaruk" dengan kumpulan pelampau Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kata seorang menteri kanan pada Isnin (29 Ogos).

"Daripada telefon bimbit yang dirampas oleh pasukan keselamatan, remaja itu kemaruk dengan Abu Bakr al-Baghdadi," kata Ketua Menteri Keselamatan, Jeneral Wiranto, kepada pemberita, merujuk kepada pemimpin kumpulan militan Timur Tengah itu.

Jeneral Wiranto berkata satu nota yang ditemui di dalam beg ransel (backpack) penyerang itu menyatakan 'Saya suka al-Baghdadi', tetapi dia tidak mempunyai kaitan yang diketahui dengan rangkaian militan itu.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam cubaan serangan terbaru itu, yang berlaku di sebuah gereja di Medan, Sumatera Utara.

Polis berkata remaja tersebut cuba menikam seorang paderi, yang mengalami kecederaan ringan, dan meledakkan sebuah bom kasar buatan sendiri tetapi gagal selepas dihalang jemaah lain.

Suspek, dikenali sebagai Ivan Armadi, 17 tahun, kini disoal siasat. Polis merampas bahan membuat bom dari rumahnya selepas serangan itu dan berkata dia belajar memasang bom melalui penyelidikan dalam talian. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg