Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja dikutuk bahayakan diri panjat papan tanda gergasi 'Ipoh'

Jan 3, 2017 | 8:36 AM
Watch on YouTube

IPOH: Sekumpulan anak muda Malaysia yang memanjat sebuah papan tanda gergasi di Ipoh dalam satu aksi nekad dikutuk pihak berkuasa dan orang ramai kerana membahayakan nyawa mereka, selepas gambar dan video aksi mereka menjadi viral.

Imej yang dipos di Instagram pada Jumaat, serta video yang dimuat naik di YouTube, menunjukkan kumpulan itu mendaki sebuah bukit dekat sebuah jalan raya untuk sampai ke papan tanda putih tersebut, yang menyerupai papan tanda 'HOLLYWOOD' terkenal di California, Amerika.

Lapan orang, termasuk tiga wanita muda, memasang buaian di tanda 'IPOH' gergasi dan mengambil gambar menggunakan sebuah dron.

Video itu menunjukkan mereka cuba mengekalkan imbangan semasa berjalan di bahagian atas struktur tersebut dan mengambil gambar selfy.

Mereka tidak kelihatan memakai alat keselamatan.

Mayor Ipoh berkata tiada kebenaran diberi bagi anak-anak muda itu melaksikan aksi tersebut.

Datuk Zamri Man berkata pada Sabtu: "Kami hanya membenarkan kontraktor mendaki bukit itu untuk kerja penyenggaraan dan walaupun begitu, mereka perlu mengikuti peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh kami."

Majlis Perbandaran Ipoh mengeluarkan satu kenyataan tegas bahawa papan tanda itu tidak boleh dipanjat dan ia tidak pernah membenarkan sesiapa pun memanjatnya kerana ia berbahaya.

Polis mengambil kenyataan daripada kumpulan itu pada Isnin (2 Jan).

Datuk Zamri berkata: "Saya tidak tahu mengapa mereka melakukannya. Ia berbahaya. Mereka boleh dikenakan denda."

Beliau menambah: "Ini adalah vandalisme. Bagaimana jika papan tanda itu roboh atau rosak? Bukit itu setinggi 20m tinggi dan nyawa diletak dalam bahaya."

Menurutnya, ini kali pertama kejadian itu berlaku. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg