Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja ditangkap lepas cuba serang gereja Medan

Aug 29, 2016 | 9:39 AM
Remaja berusia 17 tahun yang cuba menyerang sebuah gereja dibawa pergi pegawai polis berpakaian preman di Medan pada Ahad (28 Ogos).
Remaja berusia 17 tahun yang cuba menyerang sebuah gereja dibawa pergi pegawai polis berpakaian preman di Medan pada Ahad (28 Ogos). - GAMBAR EPA

JAKARTA: Polis Indonesia menangkap seorang remaja selepas dia cuba menyerang sebuah gereja di Medan, ibu kota Sumatera Utara, dengan bom buatan sendiri.

Remaja berusia 17 tahun itu duduk dalam kalangan jemaah di Gereja Katolik St Yoseph pada pagi Ahad (28 Ogos). Dia membawa sebuah bag ransel (backpack) kecil yang dipercayai mengandungi bahan letupan kecil, kata jurucakap polis wilayah Sumatera Utara, Cik Rina Sari Ginting, kepada pemberita.

Menurut Cik Nana Manullang, yang duduk di sebelahnya, remaja itu "memasang sesuatu yang disyaki bom", terdiri daripada bateri dan paip tersembunyi dalam sebuah jaket berwarna emas sebelum serangan itu.

Dia kemudian berdiri dan begnya mengeluarkan "asap, percikan api serta bunyi lemah seperti mercun", dan bergegas menyerang paderi dekat mimbar dengan pisau. Paderi tersebut cedera ringan di lengan kiri.

Jemaah gereja kemudian menahan remaja itu, katanya.

Jurucakap polis kebangsaan, Encik Boy Rafli Amar, mengesahkan serangan itu sambil menambah penyerang tersebut masih hidup dan tidak ada kemalangan jiwa.

Jurucakap polis, Encik Agus Rianto, berkata "dengan pasti, ada letupan seperti mercun".

Menurut sumber rapat dengan siasatan itu, polis merampas beberapa barang, termasuk beg, pisau, dan nota tertera 'La ilaha illallah' dalam bahasa Arab.

Kad pengenalan remaja tersebut menyatakan namanya Ivan Armadi Hasugian, seorang pelajar dari Medan.

Polis mengenal pasti paderi itu sebagai Albert Pandiangan, 60 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg