Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rempuh keluarga di Ottawa: Lelaki dikenakan tuduhan laku keganasan

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



OTTAWA: Pemandu lelaki yang didakwa merempuh sebuah keluarga Islam menggunakan sebuah trak pikap pada 6 Jun lalu, turut dikenakan pertuduhan melakukan keganasan, kata pendakwa raya.



Kejadian itu yang dikecam Perdana Menteri Canada Justin Trudeau yang menyifatkannya sebagai serangan 'pengganas', mengorbankan empat ahli keluarga Afzaal, meliputi seorang lelaki bersama isteri dan anak perempuan remaja mereka serta ibunya.



Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku ketika mangsa sedang bersiar-siar di London, Ontario, sebelum seorang pemandu trak didakwa sengaja melanggar mereka.



Seorang anak perempuan Afzaal yang berusia sembilan tahun pula terselamat, namun mengalami kecederaan parah dalam serangan itu yang berlaku di kawasan kejiranan mereka di bandar London, kira-kira 200 kilometer barat daya Toronto.



Pendakwa raya mendedahkan dalam satu pendengaran ringkas, mereka kini menambah pertuduhan keganasan terhadap Nathaniel Veltman, 20 tahun.



Minggu lalu, Veltman telah dikenakan empat pertuduhan pembunuhan terancang dan satu pertuduhan cubaan membunuh.



"Peguam Negara Persekutuan dan wilayah bersetuju untuk memulakan prosiding keganasan dengan mendakwa bahawa pembunuhan serta cubaan membunuh itu juga merupakan kegiatan pengganas," menurut Polis Diraja Canada (RCMP) dalam satu kenyataan selepas pendengaran itu.



Dalam pada itu, Veltman, yang tiada rekod jenayah dan belum diketahui sama ada terbabit dalam sebarang kumpulan pelampau, memberitahu mahkamah menerusi pautan video bahawa dirinya tidak diwakili peguam.



Tertuduh belum membuat pengakuan, setakat ini, dan dijadualkan hadir semula ke mahkamah pada 21 Jun depan.



"Pembunuhan itu bukan satu kemalangan. Ia adalah satu serangan pengganas yang didorong oleh kebencian," kata Trudeau dalam ucapan di Dewan Rakyat.



Serangan itu menghangatkan lagi perdebatan mengenai gejala Islamofobia di Canada, sekali gus menambah kebimbangan dalam kalangan masyarakat Muslim berhubung risiko mereka dijadikan sasaran.



Ia adalah serangan anti-Muslim yang paling berdarah di Canada selepas kejadian tembakan di sebuah masjid di bandar Quebec yang meragut enam nyawa pada 2017.



Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Canada Chrystia Freeland, turut menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan keganasan.



"Adalah penting kita mengenal pasti ini sebagai satu tindakan Islamofobia. Selain itu, adalah penting kita mengenal pasti ancaman dahsyat supremasi kulit putih terhadap Canada dan rakyat negara ini," katanya di sidang media. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >