BILANGAN jemaah yang terkorban akibat rempuhan dekat kawasan melontar Jamrah di Mina, Arab Saudi, terus meningkat.
Sejauh ini seramai 310 jemaah meninggal dunia manakala 450 yang lain dilaporkan cedera dalam kejadian sekitar 11.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Singapura), hari ini, Khamis.
Lebih 4,000 pekerja penyelamat dan lebih 200 kenderaan kecemasan telah dikejarkan ke tempat kejadian, menurut pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi menerusi laman Twitternya.
Ia menambah rempuhan berlaku ditengah-tengah jemaah berasak-asak melakukan lontar jamrah.
Pegawai keselamatan juga dilihat mengawal di jalan-jalan menuju ke tempat melontar. Beberapa jalan juga ditutup.