Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rempuhan ratusan wanita di Mexico City punca 81 cedera

Mar 9, 2021 | 9:56 PM
Foto PEDRO PARDO/AFP
Foto PEDRO PARDO/AFP -

RATUSAN wanita berhimpun dan tunjuk perasaan di Mexico pada Isnin (8 Mac) sebagai satu desakan agar negara itu menangani kes keganasan yang menjadi-jadi terhadap wanita.

Agensi berita melaporkan sesetengah daripada mereka mendukung anak, sesetengahnya membawa penyumpit gas, kayu pemukul besbol dan tukul besi.

Kejadian ini pula berlaku pada Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac dengan kemarahan ditujukan kepada Presiden Andres Manuel Lopez Obrador yang menyokong seorang ahli politik yang dituduh merogol beberapa wanita di negara tersebut yang mempunyai kadar keganasan wanita tertinggi.

Di sebalik jurang pemisah dalam parti pemerintah Mexico mengenai isu ini, Encik Lopez Obrador menyokong ahli politik itu sebelum pilihan raya pada Jun ini.

Sedang penunjuk perasaan berhimpun di perkarangan istana kediaman Encik Obrador, kumpulan wanita ini memberi tumpuan pada pagar besi yang dipasang bagi melindungi bangunan itu daripada dirempuh.

Wanita yang menggunakan topi keledar ski berwarna hitam telah meruntuhkan sebahagian daripada rintangan yang dibina sedang polis pula menembak ke arah orang ramai sehingga menimbulkan rempuhan kecil.

Sekurang-kurangnya 62 polis dan 19 orang awam cedera pada petang Isnin itu, jelas cawangan keselamatan Mexico City. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg