Rempuhan trak di NY: Lelaki didakwa lakukan pengganasan, bunuh
Premium
Rempuhan trak di NY: Lelaki didakwa lakukan pengganasan, bunuh
Nov 23, 2017 | 5:30 AM

DIHERET KE MUKA PENGADILAN: Sayfullo Saipov ditahan sejurus selepas serangan 31 Oktober lalu yang menyaksikan dia memandu trak merempuh laluan basikal di New York City. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Juri persekutuan semalam mendakwa Sayfullo Saipov atas tuduhan melakukan pengganasan dan pembunuhan, menyusuli rempuhan trak di Lower Manhattan bulan lalu, menyebabkan lapan maut, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Saipov, 29 tahun, ditahan sejurus selepas dia melakukan serangan dengan memandu trak dan merempuh laluan basikal di New York City pada 31 Oktober lalu.

