Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gabungan pemimpin berpengalaman dan muda boleh kuatkan PKR: Penganalisis

PKR
Jun 06, 2022 | 05:30 AM



KEPUTUSAN pemilihan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan berlakunya tumpuan peralihan kuasa kepada pemimpin lebih muda.



Ini sekali gus mencerminkan bahawa anggota parti itu mahukan pembaharuan generasi dalam kepimpinan parti.



Penganalisis berkata keputusan itu juga menunjukkan agak jelas bahawa anggota akar umbi parti itu mahukan perubahan besar selepas PKR kalah teruk dalam beberapa pilihan raya negeri sebelumnya.



Seperkara lagi, kata penganalisis, hasil pemilihan itu juga menunjukkan sebahagian besar anggota PKR menolak konsep 'Khemah Besar' - bekerjasama dengan parti di luar Pakatan Harapan (PH).



Ini memandangkan kepimpinan muda yang memenangi jawatan tinggi parti itu menolak konsep tersebut, dan sebaliknya mahukan usaha ditumpukan dalam mengukuhkan PH.



Dalam pemilihan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 74 tahun, mengekalkan jawatannya sebagai presiden PKR tanpa bertanding, sementara Encik Rafizi Ramli, 44 tahun, merebut jawatan timbalan presiden.



Jawatan empat naib presiden pula dimenangi Datuk Seri Amirudin Shari, 42 tahun; Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, 40 tahun; Encik Chang Lih Kang, 41 tahun; dan Datuk Seri Aminuddin Harun, 55 tahun.



Datuk Anwar, dalam ulasan ringkasnya kepada media, berharap semua pihak "dapat menerima keputusan itu dengan hati terbuka".



Memberitahu Berita Harian (BH), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, dari Universiti Sains Malaysia, berkata akar umbi PKR menghantar mesej jelas bahawa dalam kesanggupan mereka menerima kepimpinan Datuk Anwar buat beberapa tahun lagi, mereka gemar dengan gaya berterus terang Encik Rafizi.



"Memandangkan Anwar menang pertandingan jawatan presiden tanpa dicabar, beliau harus dalam kebijaksanaannya menganggap keputusan pertandingan bagi timbalan presiden sebagai gambaran sebenar sentimen akar umbi PKR dalam keadaan PKR bukan berada dalam kedudukan baik untuk kembali menguasai Putrajaya dalam pilihan raya ke-15 (PRU15).



Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata jika dilihat pada keputusan pemilihan itu, ia agak bercampur baur - bukan kem Encik Rafizi sahaja menang.



"Corak keputusan ini menunjukkan keputusan kemenangan banyak bercampur baur. Bermakna tidak ada yang menang kesemuanya dan tidak ada yang kalah semuanya. Inilah dinamika berlaku dalam PKR.



"Sebagai presiden, Anwar pasti akan memastikan semak dan imbang dalam kepimpinan melalui jawatan lantikan kepada Saifuddin Nasution (pesaing yang tewas kepada Rafizi merebut timbalan presiden) dan Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi PKR), yang kededuanya tewas dalam pemilihan kali ini.



"Ini untuk memastikan tiada yang terpinggir daripada pemilihan dan gandingan lebih mantap. Rafizi sendiri pernah dilantik ke dalam jawatan lantikan naib presiden selepas beliau ditewaskan Azmin Ali ketika pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR sebelumnya," ujar Profesor Awang Azman.



Menurut penganalisis, gabungan pemimpin lama dan muda juga adalah baik buat PKR bagi menghadapi PRU15 yang perlu diadakan dalam tempoh setahun.



Namun, mereka yang bertanding perlu segera berdamai termasuk antara Anwar-Rafizi, mentelah adanya kem berlainan dalam merebut kepimpinan tertinggi parti itu.



Datuk Anwar dilaporkan lebih rapat dengan Datuk Saifuddin namun secara terbuka tidak memihak sebarang pihak.



Encik Rafizi pula telah melahirkan sokongannya kepada Datuk Anwar sebagai calon perdana menteri bagi PH.



Dalam hal ini, Profesor Awang Azman berkata sudah tiba masanya semua anggota PKR bergerak ke depan demi memastikan PKR dan PH mampu mendepani PRU15 dengan lebih baik.



"Anwar, kumpulan Rafizi dan anggota PH lain sewajarnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai blok politik dengan lebih baik kerana tumpuan utama wajar dihalakan kepada seteru politik PH yang lebih besar, dan bukannya masih lagi bergelut dengan persaingan dalaman sesama mereka.



"Walaupun PKR ada pasukan kepimpinan berlainan, corak kepimpinan dan kerjasama dalam PH dijangka tidak banyak berubah kerana keputusan terletak pada konsensus dalam PH dan bukan daripada pendirian seorang dua atau kelompok tertentu sahaja," terangnya.



Bagi Profesor Ahmad Fauzi, masa depan PKR bergantung pada kejayaannya meluaskan sayap pengaruhnya melangkaui pengundi tradisinya di kawasan bandar.



"Ia harus turun tangan menyedarkan masyarakat terutamanya orang Melayu bahawa politik pelbagai kaum yang diperjuangkannya tidak merugikan golongan Bumiputera, malah ia dianjurkan agama dalam konteks pembinaan negara madani.



"Malaysia adalah negara pelbagai kaum dan budaya sejak kemerdekaannya; ini tidak akan berubah dalam masa terdekat. Hakikat inilah yang perlu digarap kaum majoriti Melayu/Muslim, yang dengan kesaksamaan dasar pemerintahan yang diterajui Melayu/Muslim menjadi hujah keulungan Islam sebagai sebuah tamadun dan sistem kehidupan yang mampu menaungi rakyat berbilang kaum dan agama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >